,
Berita

Rompak, Perkosa, 'Sumbat' Mayat Ke Dalam Bagasi

Gempak
22/08/2024
21:55 MYT
Tidak ubah seperti dalam drama pembunuhan, apabila seorang lelaki bertindak kejam dengan merompak kemudian memperkosa mangsa.
Malah tidak terhenti di situ, mangsa kemudian dibunuh dan mayatnya 'disumbat' di dalam sebuah beg bagasi. Kejadian tragis itu berlaku di Jalan Pelelangan, Kelurahan Jagong, Kecamatan Pangkajene, Kabupaten Pangkep pada 8 Ogos lalu.
Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Sulawesi Selatan, Inspektor Jenderal Andi Rian R Djajadi berkata, suspek yang dikenali sebagai AND,37, melakukan perbuatan terkutuk itu ketika dia sedang mabuk.
"Suspek menceroboh rumah mangsa iaitu Ramlah, 46, dalam keadaan mabuk untuk mencuri dan kemudian memperkosa dan membunuhnya," katanya kepada pemberita pada Isnin.
Jelasnya, motif suspek melakukan perbuatan itu didorong oleh nafsu dan alasan ekonomi.
"Suspek pada Sabtu 10 Ogos lalu, pada jam 1 pagi waktu tempatan, baru pulang dari menyertai satu pesta dalam keadaan mabuk.
"Dia dipercayai masuk ke rumah mangsa melalui tingkap, kemudian mencuri wang dan mengambil telefon bimbit mangsa," katanya.
Tambahnya lagi, kemudian dia melihat mangsa sedang tidur dan cuba memperkosa wanita itu, mangsa kemudian cuba melarikan diri namun gagal apabila dicekik oleh suspek.
"Susulan itu mangsa tidak sedarkan diri dan suspek memukulnya sehingga meninggal dunia, selepas itu suspek pulang mengambil sebuah beg bagasi dan memasukkan tubuh mangsa ke dalamnya," katanya.
Suspek kini ditahan dan bakal dikenakan hukuman menurut Fasal 285 KUHP Terkait Perbuatan Pemerkosaan dan Fasal 351 Ayat (3) tentang penganiayaan hingga menyebabkan kematian.
Suspek bakal dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau 20 tahun penjara.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.