,
Viral

Robot Lelaki Pertama Di Saudi Arabia Tular Selepas Sentuh Punggung Wartawan Wanita

Umirah Halim
13/03/2024
09:00 MYT
Sepotong video tular yang memaparkan sebuah robot lelaki pertama di Saudi Arabia yang bertindak memegang bahagian belakang seorang wartawan wanita meraih perhatian orang ramai baru-baru ini.
Menerusi video yang berdurasi 7 saat itu, robot yang dikenali sebagai Muhammad itu dilihat secara perlahan-lahan mengangkat tangan kanannya dan menyentuh bahagian punggung wartawan Al Arabiya, Rawya Kaseem yang sedang sibuk bertugas.
Susulan itu, Rawya yang kelihatan terkejut bertindak menganjakkan dirinya sedikit ke bahagian tepi sambil meneruskan liputanya. Memberi respons daripada insiden ini, pihak syarikat robotik Saudi, QSS bagaimanapun memaklumkan bahawa robot itu dikendalikan sepenuhnya secara bebas tanpa kawalan manusia langsung pada hari kejadian.
Menurut laporan Business Insider dan Metro juga, firma robotik itu turut berkata pihak kakitangannya telah memaklumkan secara proaktif kepada semua peserta, termasuk wartawan, untuk mengekalkan jarak selamat dari robot semasa demonstrasinya.
Malah, menerusi semakan rakaman yang telah dilakukan oleh pihak QSS di sekitar kejadian mendapati bahawa tiada sebarang penyelewengan yang berlaku yang menyebabkan robot itu bertingkah laku di luar kawalan seperti sedemikian.
QSS bagaimanapun berkata pihaknya akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini yang melibatkan pergerakan robot tersebut berulang lagi.
Sekadar info, QSS telah melancarkan debut pertama "Muhammad the Humanoid Robot" di DeepFest di Riyadh pada 4 Mac lalu.
Acara empat hari itu telah membawa lebih 150 penceramah, 120 peserta pameran dan 20,000 pengunjung ke ibu negara Arab Saudi, Riyadh.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran video itu telah mendapat sebanyak 20.7 juta tontonan di aplikasi X.
Sumber: Business Insider & Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Rela Dimadu, Pengantin Lelaki Bersama Dua Isteri Sanding Serentak

gempak
18/09/2024
15:55 MYT
Majlis persandingan seorang lelaki bersama dua isterinya secara serentak telah menjadi tular.
Berita

Lelaki Rempuh Kedai Bekas Kekasih Selepas Berpisah

gempak
12/09/2024
14:59 MYT
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara ‘untuk tempoh lama’ kerana merempuh kedai milik bekas kekasihnya dalam cubaan membunuh mangsa selepas hubungan mereka putus, lapor akhbar The Sun UK.
Berita

Bomba Potong Cincin Sangkut Pada Alat Sulit Lelaki

gempak
09/09/2024
12:55 MYT
Khidmat anggota bomba terpaksa digunakan bagi khidmat khas memotong cincin besi yang tersangkut pada alat sulit seorang lelaki yang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Ahad.
Viral

Lelaki Mati Selepas Kerja 104 Hari, Cuti Rehat Sehari

gempak
08/09/2024
07:25 MYT
Seorang lelaki berusia 30 tahun di timur negara China meninggal dunia akibat kegagalan organ berikutan bekerja 104 hari dengan hanya satu hari cuti rehat.
Nusantara

Pengawal Peribadi Pempengaruh Ancam Culik Wartawan

gempak
06/09/2024
15:55 MYT
Dalam kekecohan yang berlaku, pengawal peribadi tersebut mengeluarkan ancaman untuk menculik wartawan.