,
Berita

Robbie Williams, Ronaldo & Aida Gariffullina Bakal Gamatkan Upacara Pembukaan Piala Dunia 2018

Rozaimi Zubaidi
13/06/2018
02:00 MYT
Tiga ikon antarabangsa Robbie Williams, Ronaldo & Aida Gariffullina akan mengamatkan suasana sebelum aksi sepak mula Rusia menentang Arab Saudi pada temasya Piala Dunia 2018.
Penyanyi Robbie Williams akan menghiburkan penyokong bersama dengan bintang soprano Rusia, Aida Gariffullina.
Artis berusia 44 tahun itu dalam satu kenyataan meluahkan rasa teruja kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada sejarah temasya berprestij berkenaan.
"Saya amat gembira dan teruja kembali ke Rusia untuk melakukan persembahan unik.
"Saya melakukan banyak perkara dalam karier saya dan membuat persembahan di Piala Dunia merupakan mimpi saya sejak zaman kanak-kanak lagi," katanya.
Format acara pembukaan Piala Dunia kali ini sedikit berbeza berbanding edisi sebelumnya.
Kali ini, upacara pembukaan ini akan memberi tumpuan kepada persembahan muzik dan akan bermula setengah jam sebelum aksi sepak mula yang dijadualkan pada pukul 6 petang waktu tempatan.
Bekas penyerang Brazil, Ronaldo yang dikenali sebagai 'O Fenomeno' juga akan mengambil bahagian daripada upacara berkenaan.
Sumber: mStar Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Ini Sebab Mengapa Ronaldo Enggan Cacah Tatu

gempak
25/08/2024
23:55 MYT
Tidak seperti pemain bola sepak lain, Cristiano Ronaldo enggan membuat tatu dan dia mempunyai sebab memegang prinsip berkenaan.
Sukan

Ronaldo Kumpul 9.71 Juta Pengikut Sehari Buka Saluran YouTube, Beri ‘Hint’ Sudah Kahwin

gempak
22/08/2024
02:55 MYT
Pemain bola sepak terkenal dunia yang kini merupakan kapten pasukan Al Nassr di Arab Saudi, Christiano Ronaldo baru sehari melancarkan saluran YouTube.
Sukan

UEFA Bakal Hukum Budak Lelaki Swafoto Dengan Ronaldo

gempak
24/06/2024
12:55 MYT
Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dikatakan bakal mengenakan hukuman ke atas budak lelaki yang menceroboh padang dan berswafoto dengan Cristiano Ronaldo semasa perlawanan antara Portugal dan Turkiye sedang berlangsung.
Sukan

EURO 2024: Budak Terlepas Masuk Padang, Selfie Dengan Ronaldo Buat Perlawanan Terhenti Empat Kali

gempak
23/06/2024
12:50 MYT
Pentas Euro 2024 memang menghadirkan sensasi tersendiri sehingga ada yang sanggup membelakangkan etika atau menikmati perlawanan hanya untuk kepuasan peribadi.
Sukan

EURO 2024: Cristiano Ronaldo Naik Meluat Dengan Peminat?

gempak
22/06/2024
23:55 MYT
Cristiano Ronaldo kelihatan meluat apabila ramai penceroboh padang merencatkan pertembungan Portugal dengan Turkiye dalam saingan Euro 2024.