,
Laman Utama

#RoadToHalal, Mas Khan Kongsi Video Melamar Diana Nasimuddin, Romantis! - “Tak Sabar Wedding Of The Year”

Azwa Rahman
02/12/2021
08:06 MYT

Pelakon Mas Khan mencuri perhatian ramai dengan berkongsi sebuah video melamar kekasih hati, Diana Nasimuddin dalam sebuah majlis yang penuh romantis.

Menerusi laman sosial Instagram, Mas memuat naik video tersebut untuk tatapan umum.
“Setiap kali you nak jumpa your girlfriend, you rasa excited. Walaupun dah setahun lebih bersama, you still rasa the spark, the butterflies, i rasa benda tu sampai sekarang. This is not common but with this girl, the butterflies are always there,” ujar Mas di dalam video tersebut.
Menggunakan tanda pagar #roadtohalal, lamaran yang diadakan pada 18 November lalu menyaksikan Mas melutut di hadapan Diana sambil mengeluarkan sebentuk cincin daripada poket jaketnya.
Lamaran yang diterima itu menyebabkan Mas berlinangan air mata sambil memeluk Diana.
Namun, Mas tidak berkongsi lanjut tentang tarikh majlis perkahwinan mereka kelak.
Tambah Diana, cara Mas menjaga dan melayan ibunya menjadi antara punca dia menerima lamaran lelaki tersebut.
“Mas, oh my God, dia ada hati yang sangat baik. Dia sangat menjaga orang disekelilingnya. Kami dah bersama sejak setahun lebih, saya boleh nampak kualiti dalam diri dia dan macam mana dia menjaga ibu dia.
“Jarang tengok seorang anak lelaki yang sangat menjaga ibunya dengan baik, sebab tu saya rasa dia boleh menjaga saya dengan baik sebab dia menjaga ibunya dengan baik,” ujar Diana di dalam video itu lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya dan rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah buat pasangan Mas dan Diana di atas perkongsian #roadtohalal tersebut.
Can’t wait for the wedding of the year, happy for you guys. #MHKXNDN,” ujar seorang ahli keluarga Mas.
“Tahniah Maskhan, semoga kekal ke jannah dan ke anak cucu dan semoga Maskhan berjaya di dunia dan akhirat,” kata seorang wargamaya.
“Mashallah, i cried watching this, so touching. Congrats to Maskhan dan Diana,” komen seorang wargamaya.
Road to pelamin insya-Allah. Congratulations Mas dan Diana. Semoga dipermudahkan segala,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 60,000 tontonan daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Beri Makan Pada Anjing Jalanan, Sikap Murni Mas Khan Dipuji Netizen; “Harap Umat Islam Lain Ubah Perspektif…”

gempak
31/12/2022
01:00 MYT
Anjing pun makhluk Allah
Laman Utama

“Buat Pelakon Ini… Isu Solat Tak Boleh Dibuat Main Atau Tinggal Semudahnya” - PU Syed Tegur Mas Khan

gempak
22/11/2022
07:21 MYT
PU Syed tegur dengan niat yang baik.
Laman Utama

[VIDEO] Isu Bertatu & Bela Anjing, Ini Respon Mas Khan - “Korang Nak cakap Apa, Saya Tak Peduli”

gempak
16/11/2022
09:55 MYT
Ini jawapan Mas Khan...
Laman Utama

Mas Khan Mohon Orang Ramai Hentikan Spekulasi Punca Kematian Syazlin; “Saya Tahu Sebabnya, But Please…”

gempak
12/11/2022
08:00 MYT
Mas Khan tahu punca kematian Syazlin
Laman Utama

Mimpi Ditampar Lembaga Hitam Besar, Mas Khan Kerap Alami Gangguan Mistik; “Saya Tengok Leher Ada Darah Yang…”

gempak
28/09/2022
23:55 MYT
Mas Khan terkena gangguan sihir ke?