HIBURAN
RM BTS Alami Insomnia, Tak Tidur 78 Jam
Dua anggota kumpulan popular Korea Selatan, BTS iaitu RM dan V selesai menjalankan tanggungjawab kepada negara dengan menyertai kem latihan ketenteraan mereka.
‘Pembebasan’ mereka kembali ke dunia seni menimbulkan keghairahan luar biasa dalam kalangan peminat. Selain disambut penuh meriah oleh
sekitar 1, 500 peminat yang telah menanti di depan bangunan HYBE, Seoul, RM dan V juga menyapa peminat dengan muncul diplatform komuniti, Weverse.
Menerusi kemunculan tersebut, keduanya saling berkongsi pengalaman sepanjang menjalani khidmat tentera yang disifatkan sebagai sangat bernilai dalam kehidupan mereka.
Namun di sebalik keterujaan, RM mengaku mengalami masalah sewaktu bertugas. RM mengatakan dia mengalami masalah insomnia kronik sehingga tidak dapat tidur sehingga 78 jam dan sempat berfikir akan mati kerana keadaan tersebut.
“Sejujurnya, kehidupan tentera sangat melelahkan buat saya. Saya fikir ia bukan tentang saya seorang tapi ramai yang mengalami perasaan sama selama satu setengah tahun menjalani khidmat ini.
“Salah satu hal yang paling sukar untuk saya adalah tidur. Saya memang sudah mengalami masalah insomnia sebelum ini tapi apabila tinggal dan tidur bersama 20 rakan lain dengan ada yang berdengkur dan sebagainya, ia menjadikan saya lebih sukar tidur.
“Saya pernah tidak tidur antara 72 sehingga 78 jam dan fikir saya akan mati,” dedahnya seperti dilaporkan AllKPop.
Tanpa berselindung, RM mengaku mengambil ubat tidur yang telah diperakui doktor untuk membantu masalah insomnia yang dialami.
“Saya tidak mahu berselindung saya bertemu pakar dan mendapat ubat tidur. Ubat ini membantu saya (tidur). Jika tidak saya masih tidak mampu tidur sehingga pukul 6 pagi kerana otak sibuk berfikir,” katanya.
Must-Watch Video