GAYA HIDUP
Rizman Ruzaini Teruja Buka Pop-Up Store Raya Dalam ‘Shopping Mall’, Nak Beri Pengalaman Baharu Buat Pelanggan Setia - “Saya Yakin Sudah Sampai…”
Pereka fesyen terkemuka, Rizman Ruzaini meluahkan rasa teruja apabila mereka dapat membuka sebuah pop up store Raya di IOI City Mall, Putrajaya buat kali pertama.
Kata Rizman dan Ruzaini, walaupun mempunyai butik fizikal dalam pusat membeli belah tersebut namun mereka mahu memberikan pengalaman yang baharu kepada pelanggan setia serta potongan harga yang hebat sepanjang bulan Ramadan.
“Kami memang mempunyai fizikal store di dalam pusat membeli belah ini, tetapi ini adalah kali pop up store RR by Rizman Ruzaini dibuka di lokasi ini.
“Kami akan berada di sini selama sebulan, dan istimewanya terdapat potongan harga buat koleksi terdahulu dan terbaharu yang dijual. Jadi buat mereka yang menginginkan pengalaman membeli belah yang selesa boleh datang ke sini untuk mendapatkan produk RR by Rizman Ruzaini,” katanya.
Pada masa sama, mereka juga menyatakan jenama RR by Rizman Ruzaini merupakan salah satu segmen penting dalam jenama Rizman Ruzaini.
Walaupun jenama ini mempunyai konsep yang berbeza dan menyasarkan segmen pasaran tersendiri, ia tetap memainkan peranan utama dalam bisnesnya.
“Saya tidak dapat nafikan sokongan yang kami terima terutamanya dari pelanggan RR by Rizman Ruzaini. Melalui perancangan yang telah kami sediakan tahun ini juga akan menyaksikan jenama ini menjalani perubahan tidak lama lagi.
“Saya yakin sudah sampai masanya RR by Rizman Ruzaini tidak sekadar menjadi pilihan pada satu-satu musim sahaja. Tetapi sepanjang tahun,” kongsi mereka.
Sementara itu, jenama tersebut sentiasa memenuhi jangkaan pelanggan setia mereka dengan koleksi eksklusif setiap tahun.
Antara koleksi yang diperkenalkan pada tahun ini adalah koleksi Empress yang direka khas untuk melengkapkan penampilan peminat jenama itu pada pagi Syawal, menjadikan sambutan Hari Raya lebih bergaya dan elegan.
“Koleksi ini memang kami sediakan secara esklusif dan terhad. Inspirasinya tentunya adalah pelanggan kami sendiri, secara peribadi saya melihat mereka maharani, jadi Empress memang direka khas untuk melengkapkan penampilan mereka,”katanya ringkas.
Bagaimanapun, pelanggan setia jenama Rizman Ruzaini juga boleh dapatkan koleksi rekaan mereka di Absolut Bazaar yang bakal berlangsung di Mitec, Kuala Lumpur pada 21 Mac ini.
BERITA BERKAITAN: Rizman Ruzaini Fokus Fesyen, Tak Terfikir Nak Jadi Penyanyi - “Biarlah Saya Pakaikan Busana Sahaja”
BERITA BERKAITAN: Baju Kurung Rizman Ruzaini Terjual Lebih 300,000 Helai
BERITA BERKAITAN: Rai Ulangtahun Ke-20, Rizman Ruzaini Lancar 5 Koleksi Raya 2025 Serentak
BERITA BERKAITAN: Rizman Ruzaini Tampilkan Busana ‘The Malaya’ Untuk Acara Pembukaan Olimpik 2024, Semat Nilai Patriotik & Kemelayuan
Must-Watch Video