,
Gaya Hidup

Rizman Ruzaini Lancar Koleksi Raya Sempurnakan Syawal 2024, Perkenal 26 Muses!

Amri Hassan
20/02/2024
11:37 MYT
Duo fesyen terkenal Rizman Ruzaini melancarkan program RR Royalty sebagai penghargaan kepada pelanggan setia mereka bermula 1 Mac ini.

BERITA TRENDING: Naomi Campbell Peragakan Rekaan Rizman Ruzaini Di Dubai Fashion Week - "Dreams Do Come True"

Menurut Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Rizman Ruzaini, Rizman Nordin berkata, program itu adalah hadiah istimewa untuk setiap pelanggan yang sentiasa menyokong perjalanan jenama RR by Rizman Ruzaini.
"Pelanggan kami boleh miliki baju raya paling stylish dengan diskaun sebanyak 25 peratus secara eksklusif RR by Rizman Ruzaini.
"Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk direalisasikan tapi tak mengapa, kerana kami mahu program ini tercipta dengan sempurnanya agar setiap RR Royalty mendapat manfaat sepenuhnya.
"Inilah hadiah istimewa kami untuk setiap pelanggan yang sentiasa menyokong perjalanan RR by Rizman Ruzaini dari bertatih sehingga mampu berlari selaju sekarang ini. Terima kasih RR Royalties,” katanya.

BERITA TRENDING: Bersaing Pelbagai Jenama Tudung Dalam Pasaran, Rizman Ruzaini; "Jenama Kami Ada Pengikut Yang Kuat"

Menurutnya, selain diskaun 25 peratus untuk koleksi Raya RR 2024, dengan setiap pendaftaran RR Royalty secara automatik membolehkan pelanggan menikmati diskaun sebanyak 10 peratus untuk pembelian item RR by Rizman Ruzaini.
"Setiap perbelanjaan yang dibuat akan diganjarkan dengan pengumpulan mata. Setiap RM1 bersamaan 10 mata yang terkumpul. Mata ini boleh ditebus sepanjang tahun dengan had minimum 20,000 mata pada setiap penebusan.
"Tidak hanya itu, banyak lagi keistimewaan yang akan dinikmati apabila bergelar RR Royalty, seperti undangan eksklusif untuk menghadiri pertunjukan fesyen," katanya.
Menurut Rizman lagi, RR Royalty juga akan menerima hadiah ulang tahun kelahiran berupa 1000 mata pada tarikh lahir.
Berkongsi lanjut, koleksi Raya RR by Rizman Ruzaini bertemakan Sempurnanya Syawal Bersama Rizman Ruzaini.
Seramai 26 muses diperkenalkan, mereka terdiri daripada nama-nama malar segar dan baru antaranya Amy Mastura, Fikry Ibrahim, Hisyam Hamid, Lorenzo Irman, Ali Reza, Idris Khan, Noki, Aliff Aziz, Bella Astillah, Rozita Che Wan, Izara Aishah, Nadiyah Shahab, Sean Lee, Hael Husaini, Shaza Bae, Siti Hariesa, Shahrul Aimy, Siti Khadijah, Amyra Rosli, Ammar Baharin, Aqeef Anaqi, Ayra Aryssa, Izzue Islam, Aiman Ameer, Nora Danish dan Emma Ma’embong.
Untuk menikmati diskaun 25 peratus itu, anda hanya perlu menyertai RR Royalty Program dengan mendaftar di www.rrbyrizmanruzaini.com.

PILIHAN PEMBACA: Rizman Ruzaini Jawab Sindiran Baju Melayu Harga RM1,499 Tapi Sold Out 2 Minggu - "Tiada Isu Mahal Sebab Ada Market…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Usah Jadi Mangsa Fesyen Ikut Trend 'Old Money'

gempak
16/11/2024
14:25 MYT
Bersiar-siar di bawah panas terik matahari dengan memakai kemeja lengan panjang, baju panas (sweater) yang diikat di atas bahu, digayakan bersama seluar panjang slack dan kasut kulit.
Gaya Hidup

Hebat! Rizalman Ibrahim Terima Lantikan Akademik Kedua, Kini Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

gempak
14/11/2024
09:44 MYT
Pengasas Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) dilantik sebagai sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Unitar