,
Laman Utama

Rizman Ruzaini Jawab Sindiran Baju Melayu Harga RM1,499 Tapi Sold Out 2 Minggu - "Tiada Isu Mahal Sebab Ada Market & Pembeli"

Amri Hassan
09/04/2023
04:17 MYT
Pereka fesyen duo popular Rizman Ruzaini tampil menjawab sindiran warganet berhubung harga baju Melayu keluaran mereka yang mencecah RM1,499.
Faktanya, Baju Melayu cekak musang yang menjadikan penyanyi Hael Husaini sebagai model itu bagaimanapun telah habis dijual dalam tempoh kurang daripada dua minggu.
Kata Rizman dan Ruzaini, biarpun dikecam di media sosial, baju Melayu dengan julat harga premium itu punyai peminat dan pasaran tersendiri.
"Apabila bercakap tentang baju mahal ini pastinya ada pasaran cuma rakyat Malaysia perlu tahu di mana segmentasi mereka.
"Seperti Rizman Ruzaini sendiri, kita ada banyak range. Ada Rizman Ruzaini yang memang harga mahal dan ada RR by Rizman Ruzaini yang 'sesedap rasa'.
"Jadi mereka boleh pilih di mana mereka nak beli baju. Tak ada isu mahal pun sebab memang ada market dan pembeli. Setiap tahun pun baju Melayu yang sold out paling awal.
"Akan tetapi, rangkaian pakaian 'luxe' ni tak dikeluarkan banyak kerana bersifat eksklusif. Pembeli baju beribu-ribu ringgit ini pastinya tak nak sama dengan orang lain, jadi kita buat dalam kuantiti sedikit sekitar 500 ke 1,000 pasang sahaja.
"Manakala RR by Rizman Ruzaini pula ada 70,000 helai untuk dipilih oleh pembeli dengan harga yang lebih rendah," ujar Rizman Nordin kepada Gempak.
Rizman dan Ruzaini ditemui ketika pelancaran pop up store Rizman Ruzaini di Central i-City, Shah Alam pada Sabtu.
Pop up store terbabit akan beroperasi selama sebulan hingga pertengahan sambutan Aidilfitri nanti.
Terdahulu, warganet di laman Twitter tampil membincangkan harga baju Melayu keluaran Rizman Ruzaini itu yang dijual dengan harga tidak masuk akal namun telah habis dijual dengan pantas.
"Baju Melayu kalis dosa barangkali mahal gila macam tu.
"Jujurnya, harga tak masuk akal. Saya tak faham kenapa orang beli baju Melayu mahal gila sebab rekaannya masih sama. Baju kurung tu fahamlah ada macam-macam gaya.
"Harga dia macam gaji setengah bulan rakyat marhaen!" demikian antara komen yang ditulis warganet.
Sementara itu, ulas Wan Ruzaini lanjut, peminat jenama Rizman Ruzaini terdiri daripada lapisan yang berbeza-beza dan membeli busana mereka dengan tujuan yang pelbagai.
"Peminat Rizman Ruzaini ni ada banyak layer, ada T40, M40 dan B40. Jadi baju-baju sedemikian ada peminat yang berbeza-beza.
"Mungkin ada pembeli yang membeli baju-baju dalam range harga yang lebih mahal untuk tujuan menghadiri majlis, buat hantaran kahwin dan sebagainya," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar