,
Gaya Hidup

Rizman Ruzaini Bayar Naomi Campbell RM3 Juta Untuk Fashion Show Dubai - "Ibaratnya Beli Banglo Cash"

Amri Hassan
04/06/2024
15:04 MYT
Pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini mendedahkan pihak mereka membelanjakan kira-kira RM3 juta untuk mendapatkan peragawati tersohor dunia, Naomi Campbell pada pertunjukan fesyen di Dubai akhir tahun lalu.
Mendedahkan perkara itu menerusi podcast Apa Cerita, kata Rizman, pada asalnya dia menjangkakan harga untuk mendapatkan Naomi hanyalah sekitar RM500,000.
"You can go this one time, kita boleh terus naik atas. Mana satu nak? 99.99% akan berkata tidak (untuk ambil Naomi).
"Kosnya mahal, RM3 juta secara keseluruhannya. Kami bayar dia RM3 juta. Ibaratnya beli banglo cash. Tapi ada orang yang tolong jugalah.
"Kita mana ada duit sebanyak itu, nak kena cari orang yang nak tolong. Tapi kembali ke objektif asal, masa tu tak tahu lagi harganya RM3 juta, kami target sekitar RM500,000 saja," ujarnya.
Rupa rupanya management dia charge RM3 juta just to get her to walk for the brand.
Berbaloi atau tidak?
? ichiw0n pic.twitter.com/2Ecd64DDNA— Januar Haikal (@Januarhaikal) June 3, 2024

BERITA TRENDING: Naomi Campbell Peragakan Rekaan Rizman Ruzaini Di Dubai Fashion Week - "Dreams Do Come True"

"I'm in"

Mengimbas semula perjalanan untuk mendapatkan Naomi, kata Rizman dia berdepan dengan kesukaran apabila perlu melalui agensi pengurusan supermodel itu.
"Sebelum pertunjukan fesyen di Dubai pada Oktober, saya bertanyakan pasukan saya, nak berada di tangga 1 atau 10? Semua setuju nak tangga 10.
"Mulanya kita dapatkan pengurusannya (Elite Model Management) sekitar bulan Jun. Pengurusannya belum bagi kata putus pada awalnya.
"Saya cakap bila saya nak Naomi saya akan dapatkan Naomi. Gedebuk gedebak tak dapat. Tapi kami tiada plan B.
"Bulan Ogos, saya bertanyakan sesiapa yang mengenali LA yang ada connection dengan Naomi. Rupa-rupanya ada salah seorang staf saya ada kenalan, dia hubungi individu itu namanya Norman. Rupa-rupanya dia berada di Milan bersama Naomi ketika itu.
"Dia tak cakap apa-apa lagi ketika itu, tapi minta saya tunjukkan dress. Saya tunjuk dan katanya 'i'm in'! Masa itu tak tahu lagi harga," jelasnya.

BERITA TRENDING: Tiada Lagi Koleksi Raya RR by Rizman Ruzaini Tahun Depan! - "Kami Rasa Inilah Masanya ..."

Naik harga

Perjalanan tambah sulit apabila harga asalnya dinaikkan menjadi AS$800,000 (RM3.7 juta).
"Kemudiannya barulah pengurusannya maklumkan tentang harganya dan memaklumkan Naomi tak terbang menggunakan pesawat komersial. Daripada mulanya beri harga, 350,000 USD.
"Jangan tawar satu sen pun, kita terus berkata ya sebab saya tahu nilainya, kita tak nak tawar. Bila tak minta tawar dia naikkan harga pula.
"Naomi punya kos sahaja 800,000 USD. Saya draw the line untuk RM3 juta. Ketika itu harganya naik sampai RM4 juta.
"Kebetulan waktu itu Naomi baru keluar cover Vogue, ada dokumentari fasal dia, ada pameran dia. Mungkinlah dia tahu kita pereka fesyen dari Malaysia, dia nak ketuklah kiranya," tambahnya.

PILIHAN PEMBACA: Rizman Ruzaini Tak Terkesan Kontroversi Aliff Aziz, Filter Provokasi Di Media Sosial! - "Nak Boikot? Kami Tak Salah"

Rizman kemudiannya mencari jalan alternatif untuk mendapatkan semula individu yang pada awalnya membantunya berkomunikasi dengan Naomi.
"Dah nak hampir tidak, tapi saya ada kepercayaan 'saya nak Naomi', lepas itu saya beritahu pasukan, kita kembali kepada individu yang asalnya dapatkan Naomi, apabila Naomi tahu tentang harga dinaikkan, dia marah dan turunkan balik ke harga asal. Terus jadi 350,000 USD balik.

"Itulah saya kata, kita kena berani untuk berdepan dengan situasi, ini salah satu proses belajar, kita jangan biar diri dibuli, jangan biar orang pijak," katanya.

Untuk rekod, pertunjukan fesyen jenama Rizman Ruzaini menjadi antara acara kemuncak pada Dubai Fashion Week apabila Naomi Campbell muncul sebagai muse.
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar