Hiburan

Rizky Febian - Mahalini Kena Nikah Semula, Tak Penuhi Rukun Nikah

gempak
Maliah Surip
26/11/2024
05:15 MYT
Sponsor Banner
Rizky Febian - Mahalini Kena Nikah Semula, Tak Penuhi Rukun Nikah
Kisah rumah tangga Rizky Febian dan Mahalini menjadi semakin rumit.
Hal itu lantaran majlis hakim Pengadilan Agama Jakarta Selatan memutus menolak permohonan pernikahan yang dibuat pasangan pemuzik itu.
"Dari hasil pemeriksaan majlis hakim mengambil keputusan bahwasanya memang pernikahan yang dilaksanakan, ada salah satu rukun nikah yang tidak terpenuhi," kata wakil Pengadilan Agama Jakarta Selatan seperti dilaporkan Detik.com.
Dalam erti kata lain, pernikahan Rizky dan Mahalini juga disifatkan tidak sah di sisi agama dan undang-undang kerana tidak memenuhi syarat rukun nikah.

BERITA TRENDING: Enam Bulan Menikah, Rizky Febian Mengaku Tak Daftar Perkahwinan

BERITA TRENDING: Kahwin Setengah Tahun, Pejabat Agama Dedah Rizky Febian-Mahalini Belum Daftar Nikah

BERITA TRENDING: Menantu Dituduh Curang, Sule Titip Kata-Kata Semangat Buat Rizky & Mahalini

Menjelaskan lebih lanjut, majlis hakim mendapati wali yang menikahkan pasangan itu pada Mei lalu tidak memenuhi kriteria rukun nikah.
“Seperti diketahui Mahalini berkahwin selepas memeluk Islam tapi kedua orang tuanya bukan Muslim. Di situ bererti bapanya tidak boleh menjadi wali.
“Dan pasangan itu dinikahkan oleh ustaz yang menggunakan dirinya sebagai wali hakim.
“Namun ustaz yang menjadi wali hakim itulah yang tidak memenuhi rukun nikah kerana dia bukan wali nasab dan bukan wali hakim yang dikehendaki seperti undang-undang," jelasnya lebih lanjut.
Lantaran permohonan pernikahan secara undang-undang ditolak kerana tidak memenuhi rukun nikah, pihak majlis hakim mengusulkan agar Rizky dan Mahalini menikah semula.
“Oleh kerana pernikahan mereka ditolak kerana tidak memenuhi syarat rukun nikah dan demi mendapatkan buku nikah, supaya pernikahan mereka juga baik sah menurut aturan agama dan aturan negara sekaligus dibuktikan, harus nikah semula,” ujar wakil tersebut lagi.
Untuk rekod pasangan tersebut memohon pengesahan pernikahan mereka selepas lebih lima bulan berkahwin atas alasan urusan pentadbiran.

BERITA TRENDING: Kecoh Mahalini ‘Buat Hidung’, 4 Artis Indonesia Ini Hampir Tidak Dikenali Lepas Buat Pembedahan Plastik

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024