,
Laman Utama

Rizalman Dedah Cukai Pendapatan Sebanyak RM800 Ribu...Ada Yang Cuba Anggar Jumlah Pendapatannya!

Asraf Aided
27/12/2020
13:25 MYT
Pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim tampil mengadakan sesi live di Instagram bagi membincangkan soal kepentingan berzakat dalam kehidupan.
Sesi yang dinamakan Berat Tapi Berkat itu menampilkan Ustaz Ahmad Husni daripada Unit Syariah Pusat Pungutan Zakat di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi sama-sama berdiskusi dengan pesohor fesyen itu.
Dalam bahagian kedua sesi live tersebut, Rizalman ada menyebut jumlah cukai pendapatannya untuk tahun ini adalah sebanyak RM800,000.
"Saya nak ambil contoh, macam tahun ini 2020, akauntan saya dah kira income tax saya adalah sebanyak RM800,000, dan jumlah itu adalah pengiraan gaji, pendapatan peribadi yang lain dan syarikat-syarikat saya beserta royalti dan sebagainya," kata Rizalman dalam video berkenaan.
Perkara itu telah menarik perhatian ramai netizen di Twitter yang rata-ratanya agak terkejut dan kagum dengan hasil kerja keras Rizalman, malah, ada juga yang cuba menganggarkan jumlah pendapatan ikon berbakat itu.
"Tu baru income tax, belum kira harta dia yang sebenar, tapi bagus Rizalman ni dia tak da beli Lambo ke Mustang ke, barang-barang rumah dia ja nampak mahal.
"Income tax ni ada tangga dia, yang gaji bawah RM3K tak payah bayar, RM5-6K roughly dalam 10%, tapi kalau yang lebih RM 2 juta setahun boleh capai dalam 28-30%. Jadi Rizalman ni income setahun dalam RM2.8 - 3 juta lah maksudnya.
"Rizalman ni aku percaya la income tax 800K, bukannya bisnes yang sumber income pun nak secret," tulis beberapa netizen.
Meninjau komen di perkongsian beliau di Instagram itu pula, ramai pengikut meninggalkan reaksi positif dan mengucapkan terima kasih kepada Rizalman atas perkongsian yang bermanfaat itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Tak Berhenti Buat Kebajikan, Yayasan Rizalman Ibrahim salur RM500,000 Baik Pulih MCH Liverpool

gempak
10/09/2024
13:20 MYT
Diam-diam ubi berisi, mungkin itu perumpamaan yang sesuai diberikan kepada Datuk Rizalman Ibrahim apabila terus menjalankan kebajikan sebagai salah satu tanggungjawab beliau dalam membantu membangunkan ummah.
Gaya Hidup

Baju Kebaya Hari Jadi Jutawan Tudung Bernilai RM134,000 - "36,000 Butir Kristal Swarovski, Fabrik Dari Eropah"

gempak
10/07/2024
01:00 MYT
Jutawan tudung Haliza Maysuri tampil berkongsi nilai busana yang dipakainya ketika sambutan hari jadi ke-47 pada hujung minggu lalu.
Viral

Diumum Menang Cabutan Bertuah Oleh Pusat Zakat, Individu Buat Tak Layan Sebab Ingat Scammer, Rupa-Rupanya…

gempak
30/12/2023
02:55 MYT
Kan dah melepas...
Laman Utama

Dikritik Menunjuk Bayar Zakat? Netizen Pertahankan Sharifah Shahira - “Memang Dalam Islam Digalakkan…”

gempak
24/12/2023
07:25 MYT
Zakat boleh diuar-uarkan
Laman Utama

Aeril Zafrel, Wawa Zainal Bayar Zakat Pernigaan Lebih RM1 Juta - "Ini Kewajipan Perlu Dilaksanakan"

gempak
20/12/2023
06:45 MYT
Alhamdulillah..