,
Hiburan

Rita Nadira Mengaku Keluar Berdua Dengan Aniq Suhair

Umirah Halim
20/01/2024
02:00 MYT
Pelakon Rita Nadira menafikan dakwaan mempunyai hubungan istimewa dengan rakan artis, Aniq Suhair, susulan dakwaan dikatakan dilihat keluar bersama di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Putrajaya baru-baru ini.
Rita, 27, menjelaskan, memang dia dan Aniq pernah keluar bersama, namun, dia sekadar menemani aktor tersebut untuk membeli barangan penjagaan kulit, bukan bertemu untuk janji temu istimewa (dating).
“Memang saya ada keluar dengan Aniq, tetapi kami bukan keluar dating. Kalau mahu cerita hal sebenar agak kelakar sedikit.
“Waktu itu muka dia tengah ‘breakout’, kemudian dia mengadu dekat saya tentang masalah itu. Dia cakap mahu cari ‘skincare’ yang boleh pulihkan masalah kulit dia.
“Saya pun cadangkan dia beberapa jenama yang okay. Lagi pula kami tinggal berdekatan. Kawasan rumah kami tidak jauh.
“Selepas cari produk kami ada lah pergi makan sekejap, itu sahaja,” katanya ketika ditemui Gempak.
Rita berkata demikian pada sidang media drama bersiri Pewaris Cinta yang di Grand Barakah Hotel, Ampang, pada Jumaat.

Berita Trending: Seram Sejuk Faizal Hussein 'Jadi' Pengamal Ilmu Hitam - "Masa Kecil-Kecil Dulu Pernah Dengar Cerita..."

Dalam pada itu, Rita turut itu berkata team produksi sebuah drama yang menyaksikan mereka bergandingan turut sedia maklum mengenai hal tersebut.
“Tidak silap saya, Aniq ada beritahu dalam group Whatsapp drama yang kami berlakon sama yang kami keluar cari barang. Tiada maknanya kami keluar berdating,” katanya lagi.
Menerusi drama bersiri Pewaris Cinta, Rita memegang watak sebagai Dylea.
Diterbitkan oleh Zeel Production, naskhah ini mendapat sentuhan Emi Sufian selaku pengarah.
Pewaris Cinta turut membariskan pelakon hebat lain seperti Fezrul Khan, Kartina Aziz, Fauziah Latiff dan ramai lagi dan bakal ditayangkan 22 Januari ini di Astro Ria (Slot Tiara).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Dengan Dr Jezamine & Harith Hanyalah Kawan” - Nadira Isaac

gempak
31/07/2024
11:26 MYT
Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila nama model dan pempengaruh media sosial, Nadira Isaac dikaitkan dengan kes penceraian pelawak, Harith Iskander.
Hiburan

“Orang Tak Tahu Bila Saya Menangis, Anak-Anak Pun Tak Tahu” - Rita Rudaini

gempak
10/06/2024
05:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini mengakui tidak mudah untuk dirinya melalui fasa kesusahan dalam hidup setelah bergelar seorang ibu tunggal untuk membesarkan anak-anak.
Hiburan

Rita Rudaini Titip Kata-Kata Semangat Pada Bella Astillah - “Tak Perlu Risau Tiada Pasangan Untuk Jaga Kita..”

gempak
04/04/2024
01:00 MYT
Pelakon Rita Rudaini telah memuatnaik hantaran yang menasihatkan aktres dan penyanyi, Bella Astillah agar terus kuat selepas tular isu dakwaan Bella menjalinkan hubungan bersama pelakon baharu.
Hiburan

Rita Rudaini Nafi Sekat Anak Jumpa Aidil – “Jasa Bapa Dia Cuma Bagi Benih Saja! Tiada Masa Saya Nak Hasut”

gempak
25/03/2024
01:30 MYT
Isu antara pelakon, Rita Rudaini dan bekas suami Aidil Zafuan mengenai anak-anak masih menjadi perbualan hangat di media sosial.
Hiburan

“Yela, Bukan Senang Nak Jadi Baik Ni” - Aniq Suhair

gempak
18/02/2024
03:50 MYT
Insya-Allah teruskan berubah menjadi lebih baik.