,
Laman Utama

Risau Keluarga Dijangkiti Covid-19, Shahrulezad Serah Diri Ke MAEPS

Asraf Aided
05/11/2021
08:10 MYT
Pengarah dan penerbit terkenal, Shahrulezad yang positif wabak COVID-19 kini dibawa ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) untuk menjalani kuarantin.
Bagaimanapun menurut Shahrulezad, keadaan kesihatannya tidak serius dan membuat keputusan untuk menjalani kuarantin di sana untuk mengelakkan jangkitan kepada orang sekeliling.
"Akhirnya abam naik ambulance juga, kemana lagi kalau bukan ke MAEPS. Jangan risau, tiada apa yang serius.
"Cuma saya buat keputusan ke MAEPS sebab tak nak orang yang rapat dan tinggal dengan saya menerima risiko dijangkiti.
"Mula-mula saya ingat nak kuarantin di hotel, lebih privasi, tapi di hotel tak ada doktor atau petugas perubatan yang boleh saya rujuk sekiranya berlaku kecemasan. Sekurang-kurangnya di MAEPS ada ramai frontliners yang bersedia setiap masa, jadi saya tak risau sangat," kongsinya di Instagram.
Apapun, Shahrulezad menganggap kejadian itu sebagai satu perkara positif juga pengalaman baru untuk dirinya.
"Jangan risau okay, saya ambil perkara ini dengan positif, satu pengalaman baru yang menarik untuk saya, tak sabar nak kenal dengan kawan-kawan baru di sini," kongsinya lagi.
Menerusi laporan Gempak pada 2 November lalu, Shahrulezad mengesahkan dirinya positif COVID-19 dan meminta kontak rapatnya untuk melakukan ujian saringan di klinik berhampiran.
BACA: Shahrulezad Positif COVID-19, Minta Kontak Rapat Lakukan Ujian Di Klinik Berhampiran
***Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.