,
Laman Utama

“Rindulah Misai Pak Karim” - Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri Tamat, Netizen Harap Ada Musim Kedua

Azwa Rahman
09/03/2021
06:23 MYT
Drama premium terbitan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-siri telah menemui penonton dengan episod akhir yang berjudul Kampong Pisang Redox pada malam tadi.
Diarahkan oleh sutradara tersohor, Mamat Khalid, episod khas kali ini menampilkan babak-babak yang tidak pernah ditayangkan lagi dan dipadam sepanjang 13 episod Kampong Pisang Bersiri-siri bersiaran.
Ingatkan rasukan hantu sudah selesai namun Cik Purnama telah diganggu makhluk halus sehingga histeria.
14 episod yang penuh mencabar dan tak lena tidur, Barkoba, Yassin dan Pak Jabit saling menceritakan kenangan berdepan hantu yang paling mereka takuti.
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya memberikan komen merindui watak-watak utama filem ini yang telah menceriakan malam Isnin mereka.
Pak Karimlah paling happening dalam Kampong Pisang ni, harap ada season 2 nanti. kelakar kot,” komen seorang wargamaya.
Nanti rindulah misai Pak Karim,” kata seorang wargamaya.
Dalam banyak-banyak episod, Yah Kucai yang paling aku geram!!!!” tulis seorang wargamaya.
Benda cerita kalau best kena la tengok kan! Lagi tahu tahu cerita #KampongPisangBersirisiri last episode today!” ujar seorang wargamaya lagi.
Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.
Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.
Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 14 episod bermula 7 Disember, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.
Hiburan

“Air Mata Jatuh… Ambil Masa 2 Tahun Kumpul Semangat”- Amin Khalid Sayu, Pilih Teruskan Legasi Bapa Buat Projek 19 Puasa

gempak
13/03/2024
12:55 MYT
Amin teruskan legasi bapa.
Laman Utama

Anak Mamat Khalid Realisasikan Menu Mi Kari Kuah Laksa Di Ah Mat Cafe

gempak
15/11/2023
05:55 MYT
Ini cerita di sebalik menu popular dalam filem Kampung Pisang Bersiri ini
Laman Utama

“Tinggal Watak Apa Untuk Kami? Jadi Nenek Atau Hantu Je Ke?” Delimawati Susah Dapat Job Sejak…

gempak
07/11/2023
03:55 MYT
Ini keluhan Delimawati
Laman Utama

Mahu Wujud Galeri Seni Di Kampung Kuchai, MBI Dalam Proses Rundingan Dengan Waris Mamat Khalid - “Setakat Ini Saya Rasa Mereka…”

gempak
17/04/2023
11:55 MYT
Semoga dipermudah...