,
Laman Utama

RIM Sediakan Dana Tabung Kecemasan Buat Pemuzik, Kid Search Penerima Pertama

Maliah Surip
22/07/2021
13:50 MYT
Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) telah mengambil inisiatif untuk membantu pengamal industri muzik yang memerlukan bantuan kewangan segera dengan pembentukan Dana Tabung Kecemasan.
Di bawah inisiatif ini, penerima terpilih yang terdesak memerlukan bantuan ini adalah terdiri daripada mereka yang terlibat atau telah menyumbang kepada industri rakaman dan yang pendapatannya terjejas teruk atau hilang sepenuhnya akibat pandemik Covid-19.
"Kami telah membaca dan mendengar penderitaan ramai pengamal industri muzik yang berjuang untuk memenuhi keperluan harian disebabkan pandemik yang telah menghentikan projek rakaman lagu dan yang secara ketara membatasi peluang menjana pendapatan lain bagi para pengamal dalam industri muzik.
Pertunjukan secara langsung juga terhenti dengan adanya sekatan yang dilaksanakan sehingga menyukarkan ekosistem industri muzik untuk menjana pendapatan yang berkelanjutan untuk pengamal industri muzik”, kata Rosmin Hashim, Pengerusi RIM.
Dia menambah bahawa sejak perlantikan Ahli Majlis Baru RIM untuk penggal 2021-2023, pihak RIM telah aktif merangka pelbagai strategi untuk mengembangkan industri muzik tempatan yang dapat memanfaatkan ahli-ahli kami dan industri muzik secara keseluruhan.
Dana Tabung Kecemasan ini adalah salah satu inisiatif utama yang memerlukan pelaksanaan segera kerana kesukaran yang melanda ramai pengamal industri muzik disebabkan oleh pandemik ini.
Sumbangan kami kepada pihak yang terlibat akan mematuhi parameter dan syarat yang memungkinkan kami membuat pilihan dan keputusan penerima dana dengan sebaik mungkin. Kami berharap bahawa sumbangan kami ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada pengamal industri muzik yang terjejas.
“Kami, sebenarnya, sedang merancang aktiviti pengumpulan dana yang berskala lebih besar dengan kerjasama Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) yang melibatkan pertandingan menulis lagu dan proses bidaan lagu yang akan dapat membantu kami mengumpul lebih banyak dana untuk memberikan lebih banyak bantuan kepada pengamal industri muzik yang memerlukan.
"RIM akan terus meneroka peluang kolaborasi lain dengan kumpulan atau badan yang berkaitan dengan industri muzik untuk pengumpulan dana bagi inisiatif amal kami seterusnya di masa hadapan," katanya.
Inisiatif Amal RIM dimulakan dengan sumbangan RM1,000 kepada Kid (gitaris kumpulan popular Search) untuk dana rawatan barah isterinya. Sumbangan RM1,000 juga akan diberikan kepada komposer terkenal, Ross Ariffin yang nasib malangnya dipaparkan di media baru-baru ini.
RIM juga sedang bekerjasama dengan Persatuan Pemuzik Malaysia (MfM) untuk menyumbang sejumlah RM10,000 kepada 20 pemuzik rakaman yang tidak dapat mencari nafkah dengan penghentian projek rakaman lagu dan penutupan banyak pusat hiburan. RIM akan terus mengenalpasti pengamal industri muzik lain yang memerlukan untuk membantu mereka kembali berdikari.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati www.rim.org.my atau ikuti kami di facebook.com/RecordingIndustryMalaysia, @recordingindustrymalaysia di Instagram dan @rim_malaysia di Twitter.
Kredit Foto: NST
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Renjatan Elektrik, Penyanyi Rock Maut Atas Pentas Serta Merta Selepas Peluk Peminat Basah

gempak
20/07/2024
14:20 MYT
Pemuzik dan juga penyanyi rock Brazil, Ayres Sasaki, 35, dilaporkan meninggal dunia semasa melakukan persembahan di Hotel Solar yang terletak di daerah Salinopolis pada Sabtu.
Laman Utama

Tayang Bulu Ketiak, Wanita Ini Jana Pendapatan RM47,000 Sebulan!

gempak
24/10/2023
12:53 MYT
Fenella Fox selalu terima mesej ancaman.
Laman Utama

Hanya Tayang Bulu Ketiak Panjang, Wanita Ini Raih Pendapatan Sehingga RM200,000 Sebulan

gempak
06/08/2023
08:50 MYT
Peliknya!
Laman Utama

Fiersa Besari Rai 14 Tahun Berkarya Dengan Konsert 'Berjalan Mundur' Di KL! - "Saya Yakin Semua Yang Hadir Akan ..."

gempak
07/07/2023
12:39 MYT
Konsert Berjalan Mundur By Fiersa Besari Live In Kuala Lumpur akan berlangsung pada 23 Ogos 2023.
Laman Utama

[VIDEO] Fuad Rahman ‘Cari Fasal’ Dengan Pemuzik GV9, Ada Kisah Di Sebalik Persembahan Lagu ‘Laila Namamu Teratas’ - “Berderau Darah Aku…”

gempak
09/11/2022
02:55 MYT
Wow berderau darah pemuzik GV9!