Hollywood
Rihanna Seru Masyarakat Pertahan Hak Manusia Di Sudan
Penyanyi popular Hollywood, Rihanna menyeru jutaan pengikutnya di Instagram untuk menyokong protes terhadap keganasan dan mempertahankan hak manusia di Sudan, Afrika.
Menerusi entri terbaru di Instagramnya, Rihanna turut mengajak masyarakat antarabangsa untuk sama-sama mendoakan keamanan negara tersebut.
Menurut Rihanna, penduduk Sudan berhak untuk menyuarakan pendapat mereka dan menentang keganasan yang dilakukan.
Penyanyi lagu Umbrella itu menulis kapsyen berbunyi :
"They have a right to speak out and demand peace, justice, and a transition to civillian rule.
"Over 100 were killed and hundreds more were wounded during the June 3rd protests. Military rules need to be held accountable.
"Praying for no more killings or abuse today,"
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Rihanna menyokong kenyataannya dan mendoakan keamanan di Sudan.
Protes di Sudan telah bermula sejak Disember tahun lalu disebabkan penduduk tidak berpuas hati dengan kenaikan kos sara hidup.
Kegiatan tunjuk perasaan itu berlarutan sehingga kini disebabkan golongan tentera yang mengambil alih kuasa dan menyekat hak asasi manusia.
Must-Watch Video