,
Laman Utama

Rihanna Cetus Kemarahan India, Kangana Ranaut Hamun; "Diamlah Bodoh!"

Amri Hassan
05/02/2021
01:55 MYT
Pelakon Kangana Ranaut tampil membidas kenyataan penyanyi antarabangsa Rihanna yang memberikan sokongan kepada penunjuk perasaan yang terdiri daripada golongan petani di India.
Tulis Rihanna; "Kenapa kita tidak membicarakan akan hal ini? #FarmersProtest."
Kata Kangana, dia menyifatkan tindakan Rihanna itu sebagai sesuatu yang bodoh dengan menciap isu tanpa usul periksa.
"Tiada siapa yang membicarakannya kerana mereka bukan petani, mereka pengganas yang berusaha untuk memecahbelahkan India sehingga China dapat mengambil negara kami dan menjadikan tanah jajahan mereka seperti Amerika Syarikat.
"Diam sajalah bodoh, kami tidak menjual bangsa kami seperti kamu yang tolol," tulis Kangana membalas kenyataan Rihanna. Tambah Kangana, tindakan Rihanna itu seolah-olah sengaja diada-adakan memandangkan isu tersebut di luar skop pemikirannya.
"Dia penyanyi seperti Sunidhi Chauhan atau Neha Kakkar, apa yang istimewanya mengenai mereka? Dia hanya menggoyangkan pinggul dan mendedahkan anggota badan di hadapan kamera ketika menyanyi. Itu saja.
"Rihanna tidak mengeluarkan sebarang lagu sejak lima tahun lalu, menjual alat solek, Forbes menilaikan hartanya, semua itu sekadar gimik.
"Kalau perasan pun dia tak pernah menulis ciapan mengenai sebarang pandangan tentang isu kecuali perkara yang dia sendiri tidak pasti," katanya. Dalam pada itu, Kementerian Luar India berkata, selebriti tersebut tidak perlu campur tangan dalam hal dalaman India dan memerlukan pemahaman jelas mengenai isu berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.