HIBURAN
Riena Diana Minta ‘Baby Sendiri’, Keith Foo Balas Komen - “Very Soon Darling”
Pelakon Riena Diana mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu video di Instagram yang memaparkan dirinya sedang mendukung seorang bayi.
Menerusi kapsyen video berkenaan, Riena sempat berseloroh meminta kekasihnya yang juga pelakon, Keith Foo, untuk segera ‘memberi seorang’ seperti bayi yang didukungnya itu.
“Cepat la @keithfoo nak 1 macamni Taknakkkk waliiddd Janji comelllll,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Bukan itu sahaja, pelakon drama Bidaah itu juga turut meminta pengikutnya untuk menandai (tag) Keith Foo sambil berseloroh agar kekasihnya itu tidak melambat-lambatkan hasratnya untuk memiliki anak sendiri.
“Cuba korang tag Keith cakap cepat sikit & apa akibat dia kalau lambat-lambat, thanks. ” tulisnya lagi.
Perkongsian itu mendapat reaksi dari Keith Foo yang turut membalas kapsyen Riena secara ringkas tetapi penuh makna.
“Very soon darling (tidak lama lagi sayang),” balas Keith di ruangan komen.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pasangan selebriti itu yang sering berkongsi momen lucu mereka di media sosial.
“Cepat sikit Keith, kami pun tak sabar nak tengok mini version.
“Lawak la Riena, comel sangat! Suka tengok korang dua,” komen beberapa netizen.
Sebelum ini, Riena dan Keith sering mencuri perhatian peminat menerusi video-video mesra dan gurauan spontan mereka yang dimuat naik di TikTok dan Instagram.
Untuk rekod, Keith Foo sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon dan usahawan Kim Raymond pada November 2015. Namun, perkahwinan tersebut berakhir dengan penceraian pada Disember 2019.
Hasil perkahwinan itu, Keith dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Skylar Raymond Foo yang kini berusia lapan tahun.
Must-Watch Video