HIBURAN
Ridzokumura Sebak Lihat Anak Dah Pandai Berdikari, Dalami Ilmu Agama - “Sky Kata Kalau Tinggal Solat Rugi, Dia Tak Dapat Doa Untuk Arwah Mummy”
Pempengaruh dan usahawan Ridzokumura mendedahkan anaknya, Sky Taizo Okumura, 13, kini sudah boleh menguruskan dirinya sendiri.
Sky mahu perbaiki diri
Ridzokumura atau Ridzuan Okumura berkongsi perkara itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Menurut Ridzokumura, setakat ini Sky berusaha memperbaiki dirinya termasuklah dari segi solar, mengaji dan mendalami ilmu agama.
“Setiap hari Sky mendoakan untuk mummynya yang tersayang. Ya Allah Sky anak kesayangan mummy nya. Sebelum ini setiap inci mummy yang menguruskannya.
“Dari stoking sampailah satu badan Sky. Semuanya mummy yang mengaturkannya, sekarang Sky kata dia nak buat sendiri.
“Alhamdulillah buat masa sekarang ini, Sky tak pernah tinggal solat Iagi, Sky kata kalau dia tinggal solat dia rugi tak dapat berdoa untuk arwah mummy nya.
“Terima kasih semua yang menyayangi Sky yang memberi nombor ustaz kepada saya, alhamdulillah Sky dah dapat ustaz yang datang rumah untuk Sky mengaji, mendalami Iagi tentang agama islam.
“Sebelum ini Sky banyak mengaji di online, terima kasih sekali lagi. Al-Fatuhah buat ibu, isteri syurga ku tiada siapa yang dapat mengantikan tempat mu, insan yang berhati mulia, tiada dosa dengan manusia, syurga yang tertinggilah tempat mu wahai bidadari syurgaku,” coretnya.
Terdahulu, Akiko, warga Jepun berusia 50-an sebelum ini dilapor maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16 Subang Jaya.
Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah ditemui setakat ini, namun polis akan membuat siasatan secara keseluruhan termasuk dari sudut kriminologi.
Jenazah Akiko selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Sabtu lalu.
Ridzuan dan arwah Akiko mendirikan rumah tangga sejak 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sky Taizo Okumura, 13.
Must-Watch Video