VIRAL
Ridzokumura Jawab Sebab Lot Sebelah Pusara Akiko Okumura Dikosongkan - "Tak Boleh Digali Sebab ..."
Pempengaruh dan usahawan Ridzuan Okumura tampil menjawab persoalan mengenai kekosongan lot kubur bersebelahan pusara arwah isterinya, Akiko Okumura.
Menerusi paparan skrin yang dikongsikan daripada soalan yang diajukan kepadanya, Ridzuan menjelaskan ada sebab tertentu lot bersebelahan pusara Allahyarham Akiko dikosongkan.
“Bahagian tepi lot sebelah arwah tu dah ditanam rumput. Memang diminta untuk dikosongkan. Tak boleh ada pusara orang lain ke?” soal individu berkenaan.
Jawab Ridzuan; “Waalaikumsalam. Itu adalah rezeki arwah Akiko. Kawasan sebelah memang dibiarkan lapang kerana tidak boleh digali – terdapat batu besar di dalam tanah tersebut. Itu semua adalah ketentuan Allah.
"Arwah seorang yang berhati baik, tidak pernah bermusuh atau berdosa dengan manusia. Allah menunjukkan keluasan pusaranya sebagai tanda kemuliaan. Arwah adalah seorang isteri yang sangat taat kepada suami dan anak. Hidupnya sederhana, tidak ramai kawan, hanya ada saya, Sky, dan ibu mertua.
"Hanya Allah yang tahu betapa hebatnya insan yang bernama Akiko Okumura. Al-Fatihah.”

Ramai netizen tampil memberikan doa, kata-kata semangat dan menyatakan rasa sedih terhadap pemergian Akiko yang masih terkesan hingga hari ini.
"Di dunia pun Allah dah lapangkan pusaranya. Akiko seorang wanita yang solehah.
"Mulianya hati arwah Aishah binti Abdullah moga arwah ditempatkan dalam golongan yang solehhah.. Aamiin.
"Allahuakbar...dgn kuasa Allah...ats dunia pun npk lapang & tenang pusara arwah," tulis beberapa warganet.
Akiko, warga Jepun berusia 50-an sebelum ini dilapor maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16 Subang Jaya.
Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah ditemui setakat ini, namun polis akan membuat siasatan secara keseluruhan termasuk dari sudut kriminologi.
Jenazah Akiko selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Sabtu lalu.
Ridzuan dan arwah Akiko mendirikan rumah tangga sejak 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sky Taizo Okumura, 13.
Must-Watch Video