HIBURAN
Ridz Okumura Nekad Tak Nak Kahwin Lagi - “Saya Tak Akan Dapat…”
Usahawan dan pempengaruh media sosial Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura meluahkan hasratnya untuk tidak berkahwin lagi dan mahu menjaga anaknya, Sky Taizo Okumura sehingga besar.
Menerusi sebuah potongan video yang dikongsikan di TikTok, Ridzo membuat keputusan itu kerana tiada siapa yang dapat menggantikan arwah isterinya iaitu Akiko Okumura.
“InsyaAllah, saya tak nak kahwin lagi, cukuplah saya jaga Sky sampai besar.
“Tiada orang boleh ganti tempat isteri saya, kebaikan yang dia buat kepada saya tiada siapa dapat ganti,” katanya.
Pada masa sama, sebagai suami Ridzo hanya mengharapkan syurga buat Akiko atas kebaikan dan pengorbanannya yang telah dilakukannya sebagai isteri dan juga ibu kepada anak lelakinya.
"Saya tak akan dapat orang yang macam dia, sebab tu saya kata arwah dia tak ada dosa langsung dekat manusia.
"Dengan saya pun, sudah saya iklaskan segalanya saya nak dia masuk syurga,” ujar Ridzo
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut mendoakan agar arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman.
“Redha suami redha Allah.. Syurgalah tmpt seorg isteri.
“Assalamualaikum. Allahuakbar. sebak sis dengar luahan riz ni. pagi pagi dah sebak 😭😭.. alfatihah buat arwah Akiko.
“Insyallah abg ridzo. Arwah akiko mnggal hari Jumaat.. mnggal pun Syahid dunia.. Insyallah bidadari syurga buat, arwah Akiko aaminn.
“Syurga mmg tempatnya amin Alfatihah,” komen netizen.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, Selangor pagi Jumaat lalu adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Abdul Ridzuan Abdul Mutalib, 50, atau Ridzokumura.
Bagaimanapun, pihak polis memberitahu tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Jenazah Akiko Okumura telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor.
Pemergian mengejut Akiko meninggalkan kesan mendalam kepada suami dan anak lelaki mereka, Sky Taizo Okumura, 13 tahun.
Ridzuan dan arwah isterinya, yang berasal dari Jepun, telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2009.
Must-Watch Video