,
Laman Utama

Ribut KL: 18 Kenderaan Dihimpap Pokok Tumbang!

Gempak
20/05/2023
00:38 MYT
Hujan lebat dan ribut di sekitar ibu kota malam tadi menyebabkan 18 kenderaan rosak akibat dihempap pokok tumbang.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan malam tadi memaklumkan telah menerima beberapa panggilan kecemasan dari MERS999 dan talian terus ke balai berkaitan kes pokok tumbang dan telah menghantar jentera ke lokasi kejadian.
"Lokasi yang terjejas antaranya di Jalan Kampung Attap, Jalan Sultan Ismail, Taman Bukit Angkasa, Pejabat Kesihatan Kepong, Jalan Ayer Jernih dan Flat Wangsa Maju.
"Selain itu (turut terjejas) di Bayu Mont Kiara, Bukit Kiara, Jalan Kelantan, Bukit Persekutuan, Jalan Ampang berhampiran Muzium Istana, Jalan Istana dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul," menurut kenyataan itu. PGO turut memaklumkan kejadian berkenaan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Badai Perak, Sabah & Labuan

gempak
17/09/2024
04:50 MYT
Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramalkan membadai Perak, Sabah dan Labuan hingga jam 1 tengah hari ini.
Berita

Kejadian Tanah Jerlus Jalan Masjid India Bersifat Setempat, Selamat Dikunjungi

gempak
11/09/2024
02:25 MYT
Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Insiden Tanah Jerlus Masjid India pada Rabu, mendapati bangunan dan kawasan di Jalan Masjid India adalah selamat untuk dikunjungi.
Viral

[VIDEO] Lelaki Tendang & Ludah Pada Kereta Tesla Tanpa Sebab, Owner Tampil Dedah Bukti Dashcam

gempak
11/09/2024
01:55 MYT
Tular di media sosial kini sebuah rakaman video yang memaparkan sebuah kereta ditendang dan diludah oleh seorang individu di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur.
Hiburan

Konsert Jiwa Malaysia 2024: 15,000 Penonton Hadir, Berkumpul Sejak Pukul 2 Petang!

gempak
09/09/2024
15:25 MYT
Dalam semangat menyambut kemerdekaan, Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama MND Sport & Event telah menganjurkan Konsert Jiwa Malaysia untuk menyemarakkan semangat cintakan negara melalui hiburan.
Berita

Ibu Didenda RM700, Benarkan Anak 10 Tahun Pandu Kereta

gempak
09/09/2024
09:55 MYT
Padah membenarkan anak berusia 10 tahun memandu kereta, seorang wanita didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret Trafik Seremban pada Isnin.