,
Laman Utama

Rezeki Mencurah Selepas Keluar Big Stage 2020, Azzam Sham, Usop & Qody Rany Berlakon Telefilem Komedi Seram

Azwa Rahman
11/11/2020
08:54 MYT
Pemenang Big Stage 2020 (BS2020) Azzam Sham, Usop dan Qody Rany kini bergelar pelakon apabila bakal muncul dalam sebuah telefilem komedi seram berjudul Matila Nak Pontianak.
Menurut pemenang tempat ketiga BS2020 Qody Rany, menerima tawaran berlakon merupakan satu bonus baginya selepas keluar daripada pertandingan nyanyian tersebut.
“Masa dalam Big Stage lagi saya ada menyuarakan hasrat nak berlakon. Mungkin dari situ ada pengarah yang nampak kami semua ada potensi.
“Lagipun chemistry, kelakuan dan pergaulan kami di Big Stage juga boleh dianggap sebagai kelebihan sehingga membuatkan kami dapat tawaran ini,” kata Qody ketika dihubungi Gempak.
Dapat berlakon bersama Azzam dan Usop yang dikenalinya sejak minggu pertama BS2020 cukup memberikan pengalaman yang menyeronokkan.
“Saya tak boleh tahan berlakon dengan diorang ni. Saya tahu Azzam ni macam mana dan Usop pula macam mana tapi bila tengok mereka berlakon mengikut karakter yang diberikan, ada part yang saya tak tahan, memang saya ketawa besar,” katanya.
Tambah Qody lagi, penghayatan semasa membuat persembahan sedikit sebanyak membuatkan dia boleh berlakon.
“Apa yang saya tonjolkan dalam telefilem ini, saya perolehi melalui pengalaman nyanyian terutamanya dalam pembikinan video muzik. Cumanya berlakon ni kita jadi karakter orang lain tali bila menyanyi, kita jadi diri kita.
“Apa yang saya, Azzam dan Usop harapkan juga dengan telefilem ni dapat membuka mata orang ramai yang kami bukan sahaja boleh menyanyi tetapi ada bakat berlakon,” luahnya lagi.
Telefilem arahan Azhari Zain ini mengisahkan tiga orang lelaki yang berlainan gaya hidup bertemu dengan seorang bomoh untuk menyelesaikan masalah mereka. Dari situ, mereka bertemu dengan seorang perempuan cantik yang sebenarnya merupakan seekor pontianak.
Telefilem Matila Nak Pontianak akan disiarkan pada 5 Disember ini di saluran Astro Citra (108).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Tolak Tawaran Bayaran Murah, Usop Wilcha’ Hanya Pertahankan Hak Sebagai Pelakon - “Saya Tidak Mahu Tunjuk Kebodohan Diri Dengan…”

gempak
10/06/2023
04:50 MYT
Sepatutnya bayaran sesuai la dengan pengalaman.
Laman Utama

Azzam Sham Umum Nama Cahaya Mata Pertama, Terus Buka Akaun Instagram Untuk Anak

gempak
05/12/2022
03:00 MYT
Wah lepas terus buat IG anak...
Laman Utama

Usop Timang Cahaya Mata Sulung, Namakan Muhamad Saif Umar!

gempak
24/11/2022
19:55 MYT
Tahniah!
Laman Utama

“Usia Kandungan Memasuki 5 Bulan…”- Penyanyi Azzam Sham Kongsi Berita Isteri Hamil

gempak
01/07/2022
07:00 MYT
Tahnaih Azzam dan Sheryl
Laman Utama

Gandingan Qody Rany & SAYA, Buat Lagu Raya Khas Untuk Orang Kedah Balik Kampung

gempak
14/04/2022
18:37 MYT
Mood balik kampung sudah mari!