,
Viral

Rezeki Cuba Nasib... Pelajar Ini Bakal Bertemu Wak Doyok, Dapat Rasa Naik Mustang!

Zulaikha Yusof
14/06/2020
23:00 MYT
Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
Itu perumpamaan yang mungkin sesuai untuk seorang pelajar, Ahmad Syakir Mohd Ghani yang mendapat peluang untuk bertemu dan menaiki kereta mewah jenis Mustang milik pelakon dan usahawan terkenal Wak Doyok.
Ketika dihubungi Gempak, Ahmad Syakir atau lebih mesra dipanggil Syakir, 16, menyatakan dia hanya mencuba nasib menghantar kiriman mesej peribadi kepada Wak menerusi akaun Instagram (IG).
"Saya sebenarnya salah seorang peminat Wak. Saya amat meminati fesyen dan juga kereta yang dimilikinya.
"Mula-mula tu nampak entri Wak pasal kereta dia, lepas tu saya cubalah balas dekat situ nak cuba nasib. Tak lama kemudian tak sangka yang Wak balas direct message (DM) dan minta 20,000 kicauan (retweet).
"Rasa macam tak percaya sebab saya berjaya capai lebih daripada 20,000. Awal-awal tu saya rasa tak boleh sampai pun," katanya.
Tambah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) ini, dia dan Wak belum membuat keputusan bilakah mereka akan keluar bersama.
"Plan untuk keluar belum tahu lagi bila. Kita tengok bila ada kekosongan masa," katanya lagi.
Terdahulu, Syakir telah berkongsi 'screenshot' perbualan bersama Wak di laman Twitternya.
Perkongsian pada 5 Jun lalu telah mendapat hampir 32,000 kicauan dan lebih 28,000 tanda suka (likes).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tiada Perjanjian Membabitkan Keuntungan RM3 Juta” - Rakan Niaga Wak Doyok Tangkis Dakwaan Menipu

gempak
26/08/2024
06:30 MYT
Pengarah Operasi WD Food Group Muhammad Hanif Omar menangkis dakwaan ikon media sosial dan usahawan popular iaitu Wak Doyok yang dikatakan  mengalami kerugian sebanyak RM3 juta.
Hiburan

Wak Doyok Derita Kena Santau Angin - “Bila Waktu Maghrib, Saya Batuk Teruk”

gempak
14/08/2024
13:55 MYT
Pelakon dan ikon fesyen, Wak Doyok, 45, kini dalam proses pemulihan akibat gangguan sihir.
Viral

Pelajar Singapura Ini Meninggal Dunia Selepas Ujian Kecergasan Sekolah, Ibunya Pula Dermakan Organ Kepada 3 Pesakit Yang Memerlukan

gempak
29/05/2024
09:25 MYT
Seorang remaja lelaki asal Singapura berusia 14 tahun tiba-tiba rebah sewaktu sedang menjalani ujian kecergasan fizikal sejauh 2.4 kilometer di sekolahlahnya, Sekolah Menengah Woodlands pada 2 Mei lalu.
Berita

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

gempak
19/04/2024
12:15 MYT
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Viral

Sekelompok Pelajar Persoal Peraturan Sekolah Di TikTok, Siap Mengaku ‘Carut’ Guru Disiplin

gempak
07/04/2024
01:55 MYT
Satu kandungan viral baru-baru ini di platform X apabila seorang pelajar mempersoalkan peraturan sekolahnya dikatakan makin mengarut.