,
Laman Utama

“Rezeki Ada Di Mana-Mana” - Sajat Tak Sangka Berjaya Beli Rumah Di Sydney Dengan Harga Lebih…

Izwan Isa
20/06/2022
03:50 MYT
Nampaknya pengusaha kosmetik popular, Nur Sajat benar-benar ingin ‘settled down’ dan menetap di Australia.
Terbaharu, menerusi akaun Instagramnya, Sajat mendedahkan yang dia kini telah berjaya memiliki sebuah rumah yang terletak di Sydney, Australia.
Lebih istimewa, rumah yang dikatakan bernilai lebih AUS$500,000 (RM1.5 juta) itu berjaya dibeli hanya selepas enam bulan memulakan bisnes di bumi kangaru itu.
“Alhamduillah… Sajat tak sangka yang Sajat dah beli rumah di Sydney dengan harga $5++k. Sajat happy sangat-sangat dalam masa 6 bulan Sajat mulakan business online di Sydney, struggle about tax, GST dan sebagainya… akhirnya Sajat dah start kumpul asset Sajat di sini. Amin amin amin.
“Thank you so much to my real estate property, broker, my lawyer and accountant Sajat banyak membantu Sajat untuk urusan pembelian rumah Sajat ini. This is a new start of my journey as I'm already running my business in Australia,” tulisnya.
Menurut Sajat, dia ingin fokus dengan apa yang dilakukan dan ingin terus maju ke hadapan tanpa menoleh belakang.
“Jika kita yakin dan focus apa kita buat, sure kita akan maju kehadapan. Setelah apa terjadi pada Sajat tahun lepas, Sajat just focus kehadapan sahaja. I dah move on.
“Rezeki ada di mana mana. Kalau kita yakin dengan perniagaan kita buat, pasti rewards kita akan dapat,” katanya lagi.
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberi maklum balas positif atas kejayaan pemilikan rumah di luar negara.
Tidak ketinggalan, sahabat baik Sajat iaitu Datuk Aliff Syukri turut mengucapkan tahniah kepadanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

Banyak Spekulasi Isu Cerai, Nora Ariffin Enggan Ambil Pusing Khabar Angin - “Orang Tak Tahu Keadaan Sebenar”

gempak
12/09/2024
05:55 MYT
Susulan penceraian mengejut beberapa bulan lalu, timbul pelbagai spekulasi tentang kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh penyanyi, Datuk Nora Ariffin.
Viral

Keji! Pekerja Pusat Jagaan Kanak-Kanak Mengaku Terbabit 307 Kes Rogol, Mangsa Bawah 12 Tahun

gempak
05/09/2024
01:00 MYT
Seorang bekas pekerja pusat jagaan kanak-kanak di Australia mengaku salah terhadap 307 pertuduhan jenayah seks yang dilakukannya dalam tempoh 20 tahun.
Hiburan

Sajat Tak Tahan Sebak, Jumpa Anak-Anak Terus Menangis - “Saya Tinggalkan Mereka Masa Umur 5 Tahun…”

gempak
05/09/2024
00:37 MYT
Usahawan kontroversi, Nur Sajat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja dapat bertemu dengan dua anak angkatnya, Syahmi dan Syaza selepas empat tahun berpisah.
Hiburan

Hampir Tiga Tahun Terpisah, Sajat Sebak Akhirnya Dapat Jumpa Anak-Anak - “Finally… We Be Together Again”

gempak
03/09/2024
12:25 MYT
Selepas hampir tiga tahun berpisah, akhirnya hajat usahawan kontroversi, Nur Sajat Kamaruzzaman untuk bertemu dua anak angkatnya iaitu Syaza dan Syahmi tercapai.