,
Suudu

Resepi ‘Ikan Maharaja Masak Merah Dengan Sos Masam Manis’ Yang Menjadikan Anak Malaysia Ini Juara Masterchef Australia 9

Fiza Kamarudin
13/09/2017
13:47 MYT
Rasanya ramai yang sudah tahu juara Masterchef Musim Ke-9 menjadi milik anak kelahiran Malaysia, Diana Chan.
Diana telah menewaskan pesaingnya Ben Ungermann dan membawa pulang 250,000 Dollar Australia dan trofi Masterchef Australia.

Not long to go now! Final 2!!!!! #MasterchefAU ?‍??✌?

A post shared by Diana Chan (@diana.chan.au) on

Hidangan disediakan Diana yang telah menambat hati juri ialah Ikan Maharaja Masak Merah dengan Sos Masam Manis.
Siapa kata anda tak boleh jadi tukang masak hebat? Hebat atau tidak, apa kata anda cuba resepi dikongsi Diana ini:
Ikan Maharaja Masak Merah dengan Sos Masam Manis
Sos Masam Manis 8 batang cili merah, dibuang biji dan dipotong. 4 batang serai. 4 bawang merah, dicincang halus. 8 ulas bawang putih. 12 helai daun limau purut, dicarik. 12g cili kering, direndam dalam air panas. 2 sudu kecil minyak biji anggur. 4 tomato, dipotong dadu. 3 tangkai daun pudina. 4 biji limau purut diambil jusnya. 4 sudu kecil gula.
Daun Kari Rangup 250ml minyak canola 3 tangkai daun kari
Salad Herba 2 batang cili merah, dicincang halus. Segenggam daun ketumbar ½ cawan daun pudina ½ cawan daun basil Sebiji limau purut, diambil jusnya.
Ikan Maharaja Goreng 2 x 400g filet ikan merah maharaja. 1 sudu kecil serbuk kunyit. 1 sudu kecil garam. 2 sudu kecil minyak biji anggur.
Cara-cara memasak: 1. Untuk sos masam manis, masukkan cili merah, batang serai (ambil yang putih sahaja dan simpang yang hijau), bawang merah, bawang putih, 6 helai daun limau purut ke dalam pengisar dan kisar kasar. Masukkan cili kering yang telah lembut tadi dan kisar sehingga halus, ketepikan seketika. 2. Panaskan kuali dan letakkan minyak. Masukkan batang serai hijau, lebihan daun limau purut serta pes cili dan masak hingga berbau wangi. 3. Masukkan tomato, daun pudina, gula dan 500ml air. 4. Biarkan mendidih selama 25-30 minit sehingga tomato terlerai dan kuah menjadi pekat dan boleh diangkat. Biarkan sejuk sebelum dihidang. 5. Bagi daun kari tadi, panaskan minyak dan goreng daun kari sehingga rangup dan angkat. 6. Untuk salad, letakkan semua bahan-bahan salah ke dalam mangkuk. Perisakan dengan garam dan letakkan ke dalam peti sejuk. 7. Bagi ikan maharaja, potong setiap filet kepada dua bahagian. Sapukan serbuk kunyit dan dicampurkan sedikir garam. 8. Panaskan minyak, letak ikan tersebut ke dalam kuali (kulit ke bawah). Goreng selama 3-4 minit sehingga kulit menjadi rangup dan terbalikkan filet ikan tersebut selama 2-3 minit lagi sehingga masak. Apabila masak, angkat ikan dan biarkan sejuk seketika. 9. Untuk menghidang, tuang sedikit sos masam manis ke atas pinggan dan letakkan ikan maharaja tadi di atas sos tersebut. Hiaskan dengan daun kari rangup tadi dan susun salah herba tadi di sisi ikan.
Masterchef Australia 9 disiarkan di saluran Lifetime (saluran 709) dan episod finalenya telah disiarkan pada jam 8 malam tadi (Selasa).
Sumber: Instagram @diana.chan.au
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Nak Jadi Menantu Saya Kena Pandai Buat Kerabu Daging Mentah Ni” – Raja Azura

gempak
13/08/2019
08:34 MYT
Suudu

Juara Masterchef Australia, Diana Chan Pulang Malaysia Buat Pertama Kali

gempak
01/10/2017
03:44 MYT
Berita

Ikan Merah Masak Sambal Pikat Juri - Diana Chan Rakyat Malaysia Kedua Julang Trofi Masterchef Australia

gempak
25/07/2017
12:11 MYT
Viral

Giliran Nasi Lemak Hello Kitty Pula Tular

gempak
14/07/2017
03:36 MYT
Suudu

Biskut Ulat Comel Viral, Ada Ke Yang Sampai Hati Nak Makan?

gempak
19/06/2017
06:37 MYT