,
Berita

Rempuhan Trak Bunuh 4 Orang, Pemandu Masih Bebas

Syafiqah Jalal
08/04/2017
02:10 MYT
Polis Sweden mengesahkan empat orang maut dan 15 lagi cedera apabila sebuah trak merempuh orang awam di kawasan siar kaki sebelum melanggar gedung beli-belah Ahlen di Stockholm pada Jumaat, lapor Reuters.
Perdana Menteri Sweden Stefan Lofven berkata, semua petunjuk awal mengenai insiden berkenaan menjurus kepada serangan pengganas.
"Pengganas mahu kita takut, mahu kita mengubah tingkah laku kita, mahu kita hidup secara tidak normal, tetapi kita tidak akan melakukannya," katanya.
Sebahagian kawasan di tengah-tengah bandar raya Stockholm telah disekat dan orang ramai diarahkan mengosongkannya.
Sejumlah anggota polis dan perkhidmatan kecemasan turut dilihat berada di lokasi kejadian.
SIRI SERANGAN SAMA
Beberapa serangan yang menggunakan lori atau kenderaan lain yang merempuh orang awam sudah berlaku di Eropah sejak tahun lalu.
Kumpulan militan Al-Qaeda pada 2010 pernah menyeru pengikutnya agar menggunakan kaedah itu untuk melakukan serangan.
Pada 22 Mac lalu di London, seorang lelaki merempuh kenderaan yang dipandunya ke kawasan pejalan kaki di Jambatan Westminster, lalu membunuh empat orang, termasuk menikam seorang anggota polis, sebelum dia mati ditembak.
Kumpulan Daish mengaku bertanggungjawab dalam serangan di Nice, Perancis pada Julai tahun lalu, apabila menggunakan lori untuk merempuh orang awam, hingga mengorbankan 86 nyawa sewaktu sambutan Hari Bastille.
Pada Disember pula, Berlin, Jerman menjadi sasaran serangan seumpamanya apabila sebuah lori merempuh sebuah pasar Natal hingga membunuh 12 orang.
Olahan oleh: Amri Hassan Sumber: Astro Awani, Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Sweden Dakwa Pelaku Biadab Bakar Al-Quran

gempak
30/08/2024
15:55 MYT
Pendakwa raya kanan, Anna Hankkio berkata, warga Iraq, Salwan Momika dan pembantah bersama, Salwan Najem didakwa melakukan perbuatan provokasi melampau itu menerusi empat kejadian pada musim panas tahun lalu.
Laman Utama

Anis Nabilah Teringin Masak Untuk Ratu Elizabeth II - "Saya Tahu Baginda Tak Gemar Bawang Putih"

gempak
28/07/2022
14:50 MYT
Cef selebriti, Anis Nabilah menyimpan hasrat untuk menyediakan masakan kepada Ratu Elizabeth II.
Laman Utama

Asaskan HemmaFit Bersama Suami, Ini Tips Makan Di Aidilfitri Sakinah: “Jangan Bergaduh Dengan Diri Sendiri”

gempak
03/05/2022
03:50 MYT
Asmara Sharifah Sakinah dan suaminya, Michael Hansen mekar bukan sekadar atas tarikan terkena ‘panahan listrik’, tetapi ia berkembang selepas kecintaan mereka terhadap gaya hidup sihat berjalan seiring.
Laman Utama

Galak Join Pesta Seks, 100 Individu Ini Terus Dijangkiti Covid-19!

gempak
23/08/2021
00:30 MYT
Alamak!
Laman Utama

Diam-Diam Je Sharifah Sakinah & Michael Sudah Bertunang Disember 2020, Rancang Nikah 28 Mei Ini Tapi ...

gempak
04/03/2021
09:25 MYT
Tahniah Sakinah & Michael!