gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
“Dalam Hati Mesti Cakap…” - Peminat Tergamam Jumpa Zizan Razak, Siap Dapat Belanja Makanan
BERITA
Mahu Penuhi Keinginan Teman Lelaki, Ibu Tergamak Biar Anak Dinoda
BERITA
Tidur Dengan Mayat Suami Selama Tujuh Hari
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Remaja Perempuan Maut Selepas Picit Jerawat, Guna Krim Tidak Sah

Gempak
Gempak
30/06/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Remaja Perempuan Maut Selepas Picit Jerawat, Guna Krim Tidak Sah
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Vietnam dilaporkan meninggal dunia selepas memicit jerawat dan menggunakan produk sapuan yang tidak disahkan di rumah.
Menurut kenyataan Hospital Nasional Penyakit Tropika Vietnam pada Jumaat, remaja tersebut mengalami kejutan septik yang disebabkan oleh bakteria Staphylococcus aureus yang memasuki tubuh melalui luka jerawat yang meradang di wajahnya.
Lapor media tempatan Hoa Học Trò, bakteria berkenaan merebak dengan cepat dalam tubuh mangsa, lalu merosakkan otak dan paru-paru.
Walaupun menerima rawatan rapi termasuk bantuan pernafasan dan penapisan darah berterusan, mangsa tidak menunjukkan sebarang tindak balas terhadap rawatan dan akhirnya disahkan meninggal dunia.
Sementara itu, seorang pakar dermatologi dari Hospital Nasional Penyakit Tropika menjelaskan bahawa tindakan memicit jerawat dengan tangan yang tidak bersih boleh merosakkan kulit serta membolehkan bakteria menembusi lebih dalam.
“Jika tidak dirawat segera, ia boleh menyebabkan selulitis atau sepsis. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memicit jerawat sendiri di rumah, sebaliknya mendapatkan rawatan di pusat perubatan bertauliah sekiranya perlu mengeluarkan jerawat,” katanya.Beliau turut menasihatkan supaya menjaga kebersihan diri, mengelakkan daripada menyentuh wajah dengan tangan, dan tidak menggunakan produk rawatan jerawat yang tidak diketahui asal-usul atau kandungannya.
Bagi mereka yang memakai solekan, beliau menekankan kepentingan memilih produk non-komedogenik (tidak menyumbat liang pori) serta memastikan kulit dibersihkan dengan sempurna selepas penggunaannya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Maut
#Remaja
#Jerawat
#Picit
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement