,
Viral

Remaja Lumpuh Akibat Dipaksa Guru Lakukan 'Squat' 1,000 Kali

Gempak
05/10/2024
03:25 MYT
Seorang remaja lelaki disahkan mengidap penyakit rhabdomyolysis atau kerosakan otot sehingga mengancam nyawanya selepas dipaksa melakukan senaman 'squat' sebanyak 1,000 kali.
Ibu remaja terbabit, Lu dan tinggal di Wilayah Shandong, mendedahkan kisah tragis bagaimana anaknya, Jining (bukan nama sebenar) didenda dengan membuat senaman keras sehingga lumpuh.
Kejadian itu berlaku pada musim panas lalu, selepas anaknya mendaftarkan diri di kem yang berlangsung selama tujuh phari di mana peserta dikehendaki melakukan aktiviti fizikal.
Pada mulanya, bapa Jining menyedari sebelah kaki anaknya lembik dan semasa bertanyakan kepada penganjur dan mereka menyatakan keadaan semuanya baik.
Selepas mereka pergi menjemputnya di kem, barulah ibu-bapanya menyedari anaknya yang berusia 13 tahun sedang duduk di atas bangku dilihat tidak boleh berdiri dengan sendiri.
Semasa menyoal anak lelaki mereka barulah kedua ibu bapa itu mengetahui bahawa sebelum kem, salah seorang guru telah menangkapnya atas kesalahan bercakap dengan kanak-kanak lain semasa latihan dan mendendanya melakukan 1,000 kali senaman 'squat'.
Selepas mencapai 200 kali, Jining rebah di atas tanah kerana mengalami kesakitan otot melampau.
Paling menyedihkan, guru itu tidak membantunya dan malah menendangnya serta membiarkannya merebahkan diri di atas lantai sambil mengerang kesakitan.
Remaja itu hanya dibantu duduk duduk di atas bangku majlis tamat kem bermula dan pada masa itu ibu bapanya tiba.
Pada masa itu, bapanya meminta salah seorang guru kem untuk menemaninya ke hospital berdekatan untuk memeriksa kakinyadi mana dia didiagnosis menghidap. ketegangan otot melampau.
Bagaimanapun, pada-hari berikutnya, remaja itu tidak boleh berjalan atau tidur pada waktu malam, jadi ibu bapanya membawanya ke Hospital Gabungan Kolej Perubatan Jining di mana doktor mendiagnosisnya mengidap penyakit rhabdomyolysis.
Selepas mendapatkan rawatan selama 13 hari di Hospital Gabungan Kolej Perubatan Jining, remaja itu dibenarkan keluar, tetapi keadaannya tidak pulih sepenuhnya.
Kini berusia 14 tahun, masih tidak dapat menjalani kehidupan normal dan kemungkinan besar tidak akan dapat melakukan sebarang aktiviti fizikal.
Otot kakinya kini didapati lemah dan selain itu dia mengalami kerosakan hati dan buah pinggang.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Guru Denda 100 Kali Squat, Pelajar Meninggal Dunia

gempak
01/10/2024
00:01 MYT
Seorang pelajar sekolah menengah di Deli Serdang, wilayah Sumatera Utara meninggal dunia selepas dipaksa melakukan 100 lompatan squat oleh seorang guru pendidikan Islam, gara-gara tidak menghafal kitab.
Berita

Tekan Dada Murid Guna Lutut, Guru Pusat Pendidikan GISB Dipenjara 10 Tahun

gempak
26/09/2024
05:22 MYT
Tindakan seorang guru menekan dada murid menggunakan lutut dan merotan tiga kanak-kanak di sebuah pusat pendidikan dan kebajikan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen pada Khamis, menjatuhinya hukuman penjara selama 10 tahun.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Laman Utama

Remaja Terselamat, Bapa Saudara Hilang Disambar Buaya

gempak
12/09/2024
03:25 MYT
Seorang remaja lelaki hanya mampu melihat bapa saudaranya disambar buaya sebelum hilang dari pandangan ketika mereka mandi di sungai Kampung Baru Marudu Darat, Jalan Ranau-Ranau, di sini pada petang Rabu.
Berita

Remaja Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Main Bola Sepak

gempak
09/09/2024
16:25 MYT
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia ketika sedang bermain bola sepak di padang Semenyih,Selangor, pada Sabtu.
BorakSeeni