Viral
Remaja Lelaki Nyaris Maut Ditembak Sekumpulan Lelaki Tak Dikenali
Berpantang maut sebelum ajal.
Itu yang berlaku kepada seorang remaja di Indonesia apabila dia cuba ditembak dibahagian belakang badan sekumpulan lelaki yang menaiki van.
Remaja berusia 16 tahun itu bagaimanapun selamat walaupun terpaksa berdepan detik cemas itu.
Kejadian berlaku semasa Riski Pohan,16, bersama rakannya memasang sepanduk ucapan 'Dirgahayu Kemerdekaan Indonesia', sebelum tiba-tiba didatangi sebuah van putih yang berhenti di seberang jalan bertentangan dengan pejabat pos tersebut.
"Kira-kira jam 2,30 petang, seorang penumpang yang duduk di kerusi belakang membuka tingkap van, kemudian menembak mangsa dan kawan-kawannya. Mangsa terkena tembakan di bahagian belakang, sebelah kanan," kata Ketua Polis Pelabuhan Belawan AKBP, Janton Silaban pada Jumaat.
Tambah Janton, selepas insiden, van itu kemudiannya segera meninggalkan lokasi.
Dia kemudiannya dibawa ke hospital oleh kawan-kawannya dan dirujuk ke hospital pakar Haji Adam Malik Medan.
Jelas Janton lagi, berdasarkan keterangan saksi, mangsa memasang sepanduk atas arahan Ketua Ranting Pemuda Pancasila Belawanbahari iaitu Amat Klewang.
BERITA TRENDING: Aedy Ashraf Pernah Dibuli, Sedar Kepentingan Martial Art - “Bukan Untuk Bergaduh, Sekurangnya Ada Asas Mempertahankan Diri”
BERITA TRENDING: Suami Dituduh Buat Lawak 'Double Meaning', Maryam Mohon Maaf - "Saya Dah Tegur Dia"
BERITA TRENDING: Dayana Roza Dikejarkan Ke Hospital, Pengsan Akibat Dirempuh Ketika Selamatkan Anak Dari Slide Air -“Impact Kuat, Kepala Koyak, Darah Meleleh Non Stop”
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Atlet Gusti Mesir Ditahan Polis, Didakwa Lakukan Serangan Seksual
"Dalam kejadian itu juga dipastikan bahawa pelaku melepaskan tembakan sebanyak tujuh kali, pihak kami sedang melakukan siasatan lanjut secara terperinci di lokasi kejadian dan sedang mencari suspek,"katanya.
Must-Watch Video