,
Viral

Remaja Hong Kong Disaran Main Badminton Jika Terangsang Lakukan S*ks Sebelum Kahwin

Maliah Surip
29/08/2024
20:20 MYT
Pihak berkuasa Hong Kong dilaporkan meminta remaja lelaki dan perempuan bermain badminton sebagai langkah mengelakkan mereka melakukan hubungan seks sebelum sah berkahwin.
‘Permintaan’ tersebut diisi dalam dokumen 70 muka surat yang disiarkan oleh Biro Pendidikan Hong Kong pada minggu lalu.
Ia antaranya mengandungi langkah pencegahan hubungan seks yang terjadi dalam kalangan pelajar dan guru serta bagaimana cara mengatasinya apabila mereka terangsang.
“Memang normal seseorang punya fantasi seks tetapi kita perlu mengenal pastinya dan berfikir dua kali sebelum berhubungan intim.
“Pasangan kekasih yang belum berkahwin perlu tahu bagaimana menahan diri apabila teransang sekaligus tidak melakukan seks di luar perkahwinan,” tulis kenyataan dokumen tersebut seperti dilaporkan The Independent.
Justeru para remaja diberikan garis panduan dan ‘borang komitmen’ supaya menjadi lebih berdisplin saat bercinta.
Sebagai contoh jika pasangan yang bercinta teransang untuk berhubungan intim, mereka perlu segera beredar atau menikmati pemandangan seperti melihat bunga atau pokok di taman.
Salah satu contoh lain pula mencatatkan para remaja atau pelajar lelaki dan perempuan yang sedang bersama dan terangsang pergi bermain badminton di lapangan badminton.
Garis panduan tentang seks itu kemudian mendapat beragam kritikan dan respons dalam kalangan remaja Hong Kong yang menyifatkan mengisi ‘borang komitmen’ sebagai mengarut serta mempersenda cadangan bermain badminton jika terangsang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Viral

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

gempak
17/09/2024
06:55 MYT
Susulan isu rumah tangga yang menimpa pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura, kini media sosial ‘riuh’ pula dengan buku berjudul ‘99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin’ yang kembali tular.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.