,
Berita

Remaja 14 Tahun Menyamar Sebagai Kakitangan Hospital Serdang Ditahan

Awani
08/08/2024
23:55 MYT
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan polis kerana dipercayai menyamar sebagai pegawai perubatan dan memasuki bilik bedah hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada Khamis.

Ditahan Di Lobi Hospital

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Yusof berkata, pelajar tingkatan dua itu ditahan di lobi hospital itu kira-kira pukul 9 pagi ketika cuba mendaftar di kaunter dengan menggunakan identiti palsu.

"Polis turut merampas sehelai baju dan seluar scrubselain lanyard...

"Polis turut merampas sehelai baju dan seluar scrubselain lanyard hak milik hospital berkenaan," katanya dalam kenyatan di sini, pada Khamis.
Wan Kamarul berkata, penahanan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada kakitangan hospital kira-kira pukul 1 tengah hari Rabu.
"Laporan itu mengatakan keberadaan seorang remaja perempuan yang mengaku sebagai pegawai perubatan dan mahu membantu menjalankan pembedahan.
"Keesokkan harinya, sebaik sahaja pihak hospital menyedari kehadiran remaja itu di kaunter pendaftaran kira-kira pukul 8.30 pagi, mereka terus menghubungi polis," ujarnya.

BERITA TRENDING: Sudahlah Terpaksa Usung Jenazah Lalu Jambatan Uzur, Penduduk Juga Terpaksa ...

​BERITA TRENDING:Wanita Ditemui Di Hutan & 40 Hari Hidup Tanpa Makanan, Rantai Diri Sendiri Di Pokok

​BERITA TRENDING: Selamba Guna Lebuh Raya Dari Arah Bertentangan, Geng Mat Rempit Teruk Dikritik Netizen - “Tak Ada Tujuan Hidup…”

​BERITA TRENDING:10 Prebet Tentera Telanjang, Dipukul & Dipaksa Berdiri Dalam Hujan Lebih 5 Jam

Wab Kamarul meberitahu, polis membuka kertas mengikut Seksyen 488 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh dan Seksyen 170 kanun sama kerana menyamar sebagai penjawat awam.
Orang ramai diminta supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita tidak benar berhubung kes itu.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.