,
Laman Utama

“Rehatlah Sayang, Awak Dah Tak Sakit Lagi” - Ramai Sebak, Oyen Elmina Sudah Tiada…

Mya Amri
27/08/2023
23:50 MYT
Seekor kucing yang diselamatkan oleh team ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia daripada tapak nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, baru-baru ini kini sudah tiada.
Berita kematian haiwan kesayangan rakyat Malaysia yang diberi nama Oyen Elmina itu dimaklumkan oleh doktor veterinar yang merawatnya iaitu Dr. Zulerwan menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Menurut Dr. Zulerwan, selain didapati positih untuk virus FIV, komplikasi luka yang berada di tulang belakang Oyen juga membuatkan jangkitan kuman lebih cepat merebak.
“Dukacita dimaklumkan, Oyen Elmina telah pun pergi untuk selamanya hari ini (Ahad malam).
“Oyen yang didapati positif untuk virus FIV (AIDS kucing), membuatkan sistem immune badan Oyen terganggu.
“Komplikasi luka yang berada di tulang belakang membuatkan jangkitan kuman lebih cepat merebak.
“Oyen mulai lemah dan rawatan telah diberikan sebaik mungkin tetapi Oyen tidak dapat bertahan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan Oyen,” maklumnya.
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata rakyat Malaysia meluahkan sebak dan sedih dengan berita kematian Oyen itu.
Mereka juga turut mengucapkan terima kasih atas usaha pihak yang berusaha membantu untuk menyembuhkan Oyen sehingga akhir hayat haiwan itu.
“Terima kasih doc kerana telah merawat Oyen. Walaupun sekejap sempat Oyen merasa kasih sayang dari insan baik. Oyen di akhirat kelak akan bercerita tentang kejadian Elmina dan kebaikan doctor,” tulis @dr_asma_abdullah_nurul
“Selamat tinggal Oyen. Terima kasih doktor sebab telah merawat Oyen hingga akhir nyawa dia,” coret @_mrjoemarc
“Salam takziah… Oyen dah tak sakit lagi… Terima kasih doktor dan team atas usaha rawatan terbaik buat Oyen serta staf KKM yang bawa Oyen untuk dapatkan rawatan. Hanya Allah yang dapat balas budi baik kalian,” komen @scha_fza BACA: Team Ambulan KKM Selamatkan Oyen Di Tapak Nahas Pesawat Terhempas
Terdahulu, Oyen mengalami luka pada bahagian tulang dada dengan kulit terkoyak sehingga 15 sentimeter.
Dr Zul turut memberitahu yang Oyen merupakan seorang kucing jantan jalanan yang masih belum dikasi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Impian Dianggap Terlalu Tinggi, Meerqeen Sedih Pernah Dipandang Remeh - “Mereka Sepatutnya Menyokong..”

gempak
17/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Meerqeen akui sedih apabila pernah dipandang remeh oleh guru dan rakan-rakannya apabila hasrat dan impian nya dianggap terlalu tinggi untuk dicapai.
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Berita

"Mewarna Anak Ayam Tidak Dikategori Sebagai Penganiayaan Haiwan" - DVS

gempak
13/09/2024
15:25 MYT
Tindakan mewarnakan anak ayam tidak termasuk dalam perbuatan yang dikategorikan sebagai penganiayaan terhadap haiwan selagi warna serta kaedah pewarnaan tidak membahayakan, memudaratkan, menyakitkan dan menyebabkan penderitaan kepada haiwan berkenaan.