,
Hiburan

Recap: Ini Perkara Menarik Yang Berlaku Pada Konsert Jelajah ONEUS La Dolce Vita!

Izwan Isa
13/05/2024
14:55 MYT
Kumpulan K-Pop dari Korea Selatan, ONEUS telah memulakan konsert jelajah dunia kedua La Dolce Vita pada Mac lalu.
Selain negara-negara Barat, ONEUS turut singgah ke Malaysia, bagi bertemu dengan peminat mereka, TO MOON.

Konsert jelajah

Pertama kali membuat persembahan di Kuala Lumpur, ONEUS tampil dengan persembahan yang cukup luar biasa, menyanyikan lagu-lagu hits mereka dari album pertama hingga yang terkini.
Pentas Zepp Kuala Lumpur pada 4 Mei lalu dibuka dengan lagu title track Baila Conmigo, seterusnya disambung dengan beberapa lagu seperti Erase Me, Simulation, Full Moon dan Valkyrie.
Kumpulan yang dianggotai oleh Seoho, Leedo, Keonhee, Hwan Woong dan Xion itu meneruskan persembahan dengan medley lagu Luna dan Lit, seterusnya Same Scent, Stupid Love, Come Back Home dan Twilight.
Menariknya, mereka turut melantunkan balada Hailey’s Comet sebelum menutup pentas dengan Bring It On dan No Diggity.
Lebih istimewa, pada pentas encore, ONEUS tampil mengenakan baju Melayu, sesuai dengan konsert tersebut yang diadakan ketika TO MOON masih lagi berada dalam mood berhari raya.
Lebih melucukan, Leedo hanya mampu mengenakan baju-t berona putih dengan seluar baju Melayu berwarna biru gara-gara tubuhnya yang begitu sasa tidak dapat menyarungkan baju tradisional berkenaan.
Tiga lagu yang dinyanyikan oleh ONEUS pada pentas encore adalah Black Mirror, BBUSYEO dan Shut Up 받고 Crazy Hot.
Persembahan ONEUS berjaya memukau lebih 1,000 peminat, yang rata-rata gembira dan teruja menyaksikan idola mereka menyanyi dan menari secara langsung di depan mata.

ARTIKEL TRENDING: Kieda Crepe Dikritik Gara-Gara Rekaan T-Shirt Jualannya Mirip Logo Kumpulan NCT Dream?

ARTIKEL TRENDING: Westlife Kembali Ke Malaysia, Bikin Konsert Di Arena Of Stars Genting Highlands Jun Nanti!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Jojo Ghazali Segak Berbaju Melayu Di Amerika Syarikat, Ready Masuk Gelanggang Esok!

gempak
05/09/2024
10:21 MYT
Peninju Muay Thai popular tempatan, Johan Ghazali mencuri tumpuan apabila menggayakan sepersalinan baju Melayu pada sesi temubual sebelum acara ONE 168 yang dijadualkan berlangsung esok.
astroraya

"Tak Beradablah Pakai Baju Melayu Tunjuk 'Asam Keping'" - Hun Haqeem

gempak
28/03/2024
08:25 MYT
Pelakon Hun Haqeem menganggap tindakan pereka fesyen tempatan yang memodenkan rekaan baju Melayu dengan perincian pelik sebagai perbuatan tidak beradab.
Viral

"Allah Dah Jawab Doa Saya" - Ibu Tunggal Sebak Menang Pakej Umrah, Asbab Beli Baju Melayu Untuk Anak Teruna

gempak
20/03/2024
09:25 MYT
Berkat beli tiga pasang baju Melayu sedondon untuk anak-anak teruna.
Viral

Rekaan Baju Melayu ‘See-Through’ Teruk Dikecam, Arma Couture Tiada Niat ‘Lucahkan’ Pakaian Tradisional

gempak
10/03/2024
09:55 MYT
Baju Melayu yang ni sesuai untuk cuaca dekat Malaysia
Hiburan

"Pihak Itu Sanggup Bayar Triple" - Ditawar Beratus Ribu Ringgit, Nabil Ahmad Tolak Tawaran Jadi Duta Jenama Pakaian Lain Kerana Ini

gempak
08/03/2024
08:45 MYT
Nabil Ahmad tak mudah gelap mata kerana wang.