,
Laman Utama

Rebut Kawasan, Pelajar Tingkatan Lima Antara Gengster Ditahan Di Pandan Indah

Mya Amri
29/12/2020
17:05 MYT
Polis telah menahan 15 gengster dalam satu rusuhan melibatkan dua kumpulan samseng berhampiran sebuah kedai makan di Pandan Indah, di sini pada Isnin.
Dilaporkan pelajar tingkatan lima merupakan antara 15 gengster yang terlibat.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha, lima suspek yang mengalami kecederaan di kepala dan badan dalam kejadian itu mendapat rawatan sebagai pesakit luar manakala seorang lagi ditempatkan di Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.
Tambahnya lagi, tangkapan itu dibuat kira-kira pukul 10.30 malam ketika pasukan polis yang sedang menjalankan pemeriksaan terserempak sekumpulan lelaki dalam keadaan mencurigakan disyaki terlibat dalam pergaduhan.
Berdasarkan siasatan awal, punca pergaduhan itu dipercayai akibat perebutan kawasan antara dua kumpulan gengster.
"Kita masih lagi mengesan beberapa suspek yang masih lagi bebas," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurut Mohamad Farouk, pemeriksaan awal juga mendapati empat daripada suspek itu mempunyai rekod lampau melibatkan kes curi dan merusuh.
Sementara seorang daripadanya, kata beliau, sebelum ini pernah ditahan dibawah Akta Pencegahan Jenayah.
"Mereka dipercayai menggunakan topi keladar dan kayu," ujarnya.
Menurut beliau, kesemua suspek yang berusia 17 hingga 35 tahun itu kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.
Jelas Farouk lagi, siasatan ke atas kesemua suspek itu dilakukan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksan kerana merusuh.
Jika disabit kesalahan, katanya, mereka boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Justeru, Mohamad Farouk memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan mengambil tindakan sendiri dengan membelakangi undang-undang atau mengeluarkan kenyataan yang bercanggah sebelum memastikan kesahihannya.
Sumber / Foto: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Guru Direman Kes Amang Seksual Murid Lelaki 12 Tahun

gempak
09/09/2024
02:25 MYT
Seorang guru di sebuah sekolah di sini direman tujuh hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 12 tahun sejak Mac hingga Ogos lepas.
Terkini

Rakam Video Pelajar Perempuan, Pemandu Bas Atau 'Abang Bunga' DiCekup Polis

gempak
06/09/2024
03:02 MYT
Pemandu bas sekolah berusia 24 tahun yang memuatnaik rakaman video penumpang murid sekolah rendah ditahan di Simpang Renggam, awal pagi tadi.
Viral

Sadis! Tercucuk Sampai Anak Tekak, Pelajar Sekolah Dipaksa Makan Roti Berduri

gempak
02/09/2024
18:55 MYT
Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang pelajar sekolah Indonesia dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital setelah dipaksa makan roti yang dipenuhi duri.
Berita

Pelajar Kolej Maut Kereta Dipandu Adik Bertembung Dengan Lori

gempak
19/08/2024
10:25 MYT
Seorang pelajar kolej maut sementara adik perempuannya cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 76, Jalan Johor Bahru - Air Hitam, Johor pada Ahad.
Viral

Netizen Tersentuh Lihat Video Pelajar Kongsi Makanan Satu Pinggan - “Ini Budaya Yang Kita Pertahankan”

gempak
08/08/2024
09:55 MYT
Sepotong video memaparkan dua pelajar berbangsa Melayu dan India sedang menjamah makanan berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.