,
Laman Utama

“The Real Influencer! Bagusnya” – Khairul Aming Dipuji Tak Tukar Loghat, Kekal Berbahasa Melayu Di Majlis TikTok Indonesia

Mya Amri
01/11/2022
11:30 MYT
Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming menjadi perhatian netizen kerana berbahasa Melayu ketika menyampaikan ucapan dalam sebuah majlis TikTok For You Stage di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
Malah video ucapan yang dikongsi oleh Khairul menerusi akaun Instagram dan TikTok juga menjadi tular di media sosial.
Rata-ratanya memuji dan berbangga dengan anak kelahiran Kelantan ini kerana memilih untuk bertutur dalam bahasa ibunda walaupun berada di negara orang.
Antara komen-komen yang diberikan adalah:
“Terbaik Khairul Aming. Tersusun rapi kata-kata yang sangat tepat,”
“Suka cara Aming cakap, tetap cakap dalam Bahasa Malaysia,”
“Memang layak mewakili Malaysia. Kata-kata anda membanggakan Malaysia. Alhamdulillah tahniah,”
Dalam pada itu, Khairul juga turut berkongsi inspirasi bagaimana berjaya menjadi seorang pencipta kandungan (content creator) dan usahawan yang berjaya.
Kata Khairul, kejayaan yang diraih adalah berkat sokongan pengikutnya di media sosial.
“Saya buat video masak dah 5 tahun. Ada yang menggunakan video masak itu untuk keluarga, di rumah sewa, dan ada juga yang menggunakan video saya untuk ‘business’ dari rumah. Kisah-kisah ini semua lah yang memberi inspirasi kepada saya walaupun video itu hanya berdurasi satu minit,” ujarnya.
Terdahulu, Khairul menjadi wakil pempengaruh dari Malaysia untuk menyampaikan ucapan dalam acara tersebut.
Sebelum ini, Khairul juga pernah menjadi tular kerana perniagaan makanan yang diusahakannya iaitu Sambal Nyet Berapi mencecah jualan RM7.5 juta dengan 540,000 botol telah terjual.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.