,
Laman Utama

Rayuan Kontinjen Malaysia Ditolak, Keputusan Batal Pingat Emas Ziyad Kekal

Awani
01/09/2021
03:50 MYT
Keputusan untuk membatalkan pingat emas yang dimenangi jaguh lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zolkefli kekal.
Rayuan kontinjen Malaysia bagi mengesahkan pingat emas milik jaguh lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli, telah ditolak pihak penganjur dalam mesyuarat antara chef-de-mission (CDM) sebentar tadi.
Hal ini bermakna, Ziyad terlepas pingat emas acara lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan rayuan selanjutnya hanya boleh dibuat selepas temasya itu berakhir.
PENGUMUMAN!! Rayuan ditolak dan keputusan penarikan semula emas Ziyad kekal. It's okay Ziyad. Satu dunia nampak bagaimana anda memecahkan rekod dunia Lontar Peluru F20. Ziyad tetap no. 1 kita!!
Ayuh berikan sokongan buat Ziyad Zolkefli! #sokongmalaysia #GanbatteMalaysia pic.twitter.com/BlqEjoiXdA— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 1, 2021 Ziyad sepatutnya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dalam edisi di Rio lima tahun lalu selepas memecahkan rekod dunia dengan lontaran sejauh 17.94m di Stadium Olimpik Tokyo semalam.
Bagaimanapun, penyertaannya dibatalkan selepas protes daripada kem Ukraine, yang mendakwa atlet berusia 31 tahun itu lewat melaporkan diri di 'call room' (bilik pemeriksaan).
Dalam reaksi pertama susulan pengumuman itu, Ziyad menitipkan permohonan maaf kepada rakyat Malaysia. Atlet berusia 31 tahun itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang memberi sokongan kepadanya.
Terdahulu, Malaysia mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan World Para Athletics (WPA) berhubung keputusan acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) pada Sukan Paralimpik Tokyo hari ini.
Bantahan daripada Kontinjen Malaysia, Australia dan Ecuador akan dibawa ke Mesyuarat Chef de Mission (CDM) pasukan bertanding juga dibawa sekali.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

[FOTO]: “Tetap Tunggu Ayah Balik Baru Keluar” – Baru Pulang Berjuang Untuk Negara, Isteri Hadiahkan Ziyad Zolkefli Baby Ketiga

gempak
11/08/2022
07:10 MYT
Alala anak manja ayah ke tu, tahniah Ziyad.
Laman Utama

“Aku Peniaga Jalanan Cari Rezeki Halal” – Ziyad Zolkefli Bangga, Mengaku Pernah Meniaga Char Kuetiau

gempak
30/09/2021
09:08 MYT
Ziyad tak nak bukak gerai char kuetiau lagi ke mesti ramai nak try.
Laman Utama

Tempa Nama Di Persada Dunia, Latif Romly Terima Ganjaran RM150,000

gempak
28/09/2021
21:30 MYT
Tahniah, rezeki Latif Romly kan.
Laman Utama

“Saya Harap Berhati-Hati…”- Ziyad Kecewa Ada Pihak Guna Namanya Untuk Kutip Derma

gempak
18/09/2021
04:24 MYT
Ramai scammer minta derma sekarang ni...
Laman Utama

Tak Mahu Ganggu Fokus Adik, Kakak Latif Romly Rahsiakan Keluarga Dijangkiti COVID-19

gempak
07/09/2021
04:50 MYT
Itulah sikap kakak, sebolehnya tak nak bagi adik risau.