,
Laman Utama

Raya Makin Meriah! Filem Kampong Pisang Muzikal Raya Istimewa Akan Bermula 27 Mei Ini

Azwa Rahman
24/05/2021
12:10 MYT
Francais Kampong Pisang yang mendapat sambutan ramai akan tampil dengan edisi Syawal iaitu Kampong Pisang Muzikal Raya Istimewa bermula 27 Mei ini.
Selepas kejayaan meraih hampir RM5 juta di Astro First menerusi 18 Puasa di Kampong Pisang, penonton bakal dihidangkan dengan gelagat mencuit hati mereka dalam persiapan Hari Raya Aidilfitri menerusi filem muzikal ini.
Menurut Pengarah Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa, Mamat Khalid, dia mahu mengembalikan nostalgia dan memori lebaran menerusi koleksi lagu popular malar segar yang menjadi kegemaran ramai.
“Bersempena Hari Raya Aidilfitri, saya yakin ramai yang ingin bergembira meskipun kita semua beraya dalam keadaan normal baharu dan serba sedarhana.
“Jadi saya himpunkan lagu-lagu yang dekat dengan penonton ke dalam sebuah filem agar sedikit sebanyak dapat menceriakan hari mereka dengan berhibur serta mengembalikan nostalgia dan memori di hari lebaran.
“Malah, istimewanya filem ini, ia turut menyelit cerita cinta dan semangat bermasyarakat di Hari Raya yang sudah berbeza jika dibandingkan zaman dulu hingga zaman moden masa kini.
“Saya harap kehadiran filem ini mampu tunjukkan kepada generasi masa kini tentang suasana dan berkasih sayang di Hari Raya,” jelasnya menerusi satu kenyataan.
Filem muzikal ini masih mengekalkan barisan pelakon utama Kampong Pisang seperti Kazar Saisi, Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Afea Deana, Joey Daud, Nazeeera Sardi, Avaa Vanja, Yoep Hitler.
Istimewanya lagi, edisi raya kali ini mengembalikan Datuk Awie sebagai teraju utama serta watak-watak baru yang digerakkan oleh penyanyi dan pelakon Kaka Azraff, Imuda serta penampilan istimewa oleh Siti Elizad Sharifuddin dan Raja Azmi.
Filem ini mengisahkan seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak pada sehari sebelum raya.
Husin kembali ke kampung bersama kekasih baru Nelly sehingga Cik Chun cemburu dan merajuk kerana cintanya ditolak.
Manakala Barkoba dikejutkan dengan kehadiran bekas kekasih yang pernah tinggalkannya dahulu kerana berkahwin dengan lelaki berpangkat pengurus kilang.
Pak Din pula sedih kerana anaknya tiba-tiba tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersamanya. Cik Purnama membawa beg pakaian dan tilam ke mana-mana kerana kesunyian.
Pak Karim dan Kak Som hiba kerana ini kali pertama beraya tanpa anak mereka yang telah tiada. Serta Daud M yang perlu bekerja di malam raya bagi penghantaran barang-barang buat penduduk kampong Pisang yang membeli barang di atas talian.
Saksikan filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 27 Mei 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang- ulang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.
Hiburan

“Air Mata Jatuh… Ambil Masa 2 Tahun Kumpul Semangat”- Amin Khalid Sayu, Pilih Teruskan Legasi Bapa Buat Projek 19 Puasa

gempak
13/03/2024
12:55 MYT
Amin teruskan legasi bapa.
Laman Utama

Anak Mamat Khalid Realisasikan Menu Mi Kari Kuah Laksa Di Ah Mat Cafe

gempak
15/11/2023
05:55 MYT
Ini cerita di sebalik menu popular dalam filem Kampung Pisang Bersiri ini
Laman Utama

“Tinggal Watak Apa Untuk Kami? Jadi Nenek Atau Hantu Je Ke?” Delimawati Susah Dapat Job Sejak…

gempak
07/11/2023
03:55 MYT
Ini keluhan Delimawati
Laman Utama

Mahu Wujud Galeri Seni Di Kampung Kuchai, MBI Dalam Proses Rundingan Dengan Waris Mamat Khalid - “Setakat Ini Saya Rasa Mereka…”

gempak
17/04/2023
11:55 MYT
Semoga dipermudah...