,
Laman Utama

“Raudhah Tetap Juara, Masuk Toilet Pun Kena Bawa,” - Datin Shahida Kongsi Pengalaman Lucu Jaga Anak

Mya Amri
12/05/2023
07:50 MYT
Isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida berkongsi ragam anak-anaknya.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Shahida memaklumkan setiap anak-anak mempunyai ragam berlainan sewaktu menjaga mereka ketika masih kecil.
Kongsi Shahida lagi, antara anak-anaknya yang paling susah dijaga adalah Luqman dan Raudhah.
“Selelas melahirkan enam orang anak, saya memutuskan Luqman nombor dia paling susah jaga selepas Raudhah.
“Juara Tetap Raudhah, nak masuk tandas pun kena bawa,” tulisnya.
Perkongsian Shahida itu disambut baik oleh pengikutnya dan rata-rata mereka juga turut berkongsi cerita yang sama ruangan komen.
Antara komen yang diterima:
“Hahaha itulah cabaran paling mencabarkan datin, saya dulu buang air besar pun terpaksa bawa, tengah nak teran boleh pula dia ajak bermain,”
“Sama anak saya datin, asyik ajak berkepit sahaja. Budak-budak sekarang makin cerdik,”
“Saya pernah baca subtittle je masa tengok tv sebab baby telinga lintah. Nak solat ayahnya jaga sekejap pun menangis macam kena dera. Sekarang anak tu pun dah usia 15 tahun,”
Untuk info, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007.
Hasil perkahwinan itu, pasangan in dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al - Hakim yang dilahirkan pada April lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Hiburan

Ada Sebab Watie Lebih Suka Bercuti Bawa Anak-Anak - “Mummy Pula Hati Tisu, Dapat Mesej Begini Pagi-Pagi…”

gempak
17/09/2024
03:20 MYT
Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah mempunyai sebab tertentu lebih gemar bercuti sambil membawa anak-anak.
Hiburan

Fatin Afeefa Larang Anak Ceburi Bidang Seni, Mahu Lebih Berjaya Dalam Pelajaran - “Saya Berhak Tentukan…”

gempak
27/08/2024
04:55 MYT
Selebriti media sosial, Fatin Afeefa memberitahu dia tidak akan membenarkan anak-anaknya menceburi bidang seni biarpun ada menerima tawaran ke arah itu.
Viral

Impian Jadi Kenyataan, Isteri Aliff Syukri Hadiahkan Ferrari Sempena Ulang Tahun Ke-17 Perkahwinan

gempak
17/08/2024
08:55 MYT
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini berkongsi perkhabaran gembira di mana dirinya dihadiahkan kereta mewah jenis Ferrari oleh isterinya, Datin Seri Shahida.
Viral

Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri Tak Mampu Upah Peguam - "Saya Tak Ada Wang Ringgit, Tapi Saya Ada Allah"

gempak
26/06/2024
00:45 MYT
Bekas pembantu kepada usahawan selebriti terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Melati Abdul Ghani akan meneruskan perjuangan biarpun tanpa bantuan peguam.