,
Gaya Hidup

Ratu Cantik Indonesia Ketut Permata Juliastrid Dimahkotakan Juara Sulung Miss Cosmo 2024! Semak Fakta Menarik Tentangnya

Amri Hassan
06/10/2024
11:35 MYT
Edisi sulung Miss Cosmo 2024 telah menobatkan gadis kelahiran Bali, Indonesia iaitu Ketut Permata Juliastrid Sari sebagai juara.
Berlangsung meriah di Saigon Riverside Park, Ho Chi Minh, Vietnam, gadis yang menggunakan nama pentas Tata Juliastrid itu telah menumpaskan 55 orang peserta lain dari seluruh dunia.
Mengenepikan calon dua terbaik dari Thailand, Tata yang dijulang sebagai juara menerima hadiah wang tunai bernilai 100,000 USD (RM421,700).
Selain itu, Tata turut menerima hadiah mewah lain antaranya apartmen, kenderaan, penginapan percuma di resort hingga layangan kesihatan bertaraf VIP di hospital terpilih selama setahun.
Malah, dia turut menerima hadiah telefon pintar dan set barang kemas dari NCA Diamonds & Jewelry.
Jom semak fakta menarik tentang Tata Juliastrid.
- Lahir pada 12 Julai 2023 di Denpasar, Bali, dia kini berusia 21 tahun.
- Tata merupakan anak keempat daripada pasangan Ketut Tawan dan Dwi Astuti Tawan.
- Gadis itu mendapat pendidikan dalam jurusan pengurusan di Universitas Udayana pada 2021 dan melanjutkan pengajian dalam bidang rekaan fesyen di Bali Institute of Design and Business.
- Tata terlebih dahulu dinobatkan sebagai Putri Indonesia Bali 2024 pada 27 Januari 2024 lalu dan ke pentas Puteri Indonesia 2024 sekali gus diumumkan juara.
- Mewakili Indonesia dalam Miss Cosmo 2024, Tata melengkapkan diri dengan latihan catwalk, stage performance dan public speaking selain belajar bermain biola dan menari.
Untuk rekod wakil Malaysia, Saranya Naidu terpaksa pulang dengan tangan kosong apabila gagal mara ke separuh akhir Miss Cosmo 2024.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sudah Berusia 40 Tahun, Nicholas Saputra Tak Pernah Sunyi Hidup Solo

gempak
06/10/2024
06:53 MYT
Diam tak diam usia Nicholas Saputra yang menjadi kegilaan ramai sejak dikenali menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta sudah masuk 40 tahun.
Hiburan

TikToker Bawa 11 Peguam Ke Balai Polis, Jawab Tuduhan Hamilkan Anak Artis

gempak
05/10/2024
12:40 MYT
‘Drama’ Nikita Mirzani dan kekasih anaknya, Vadel Badjideh kembali menjadi pemberitaan hangat di Indonesia selepas Tiktoker tersebut dipanggil pihak polis untuk siasatan.
Hiburan

John Legend Sifatkan Siti Nurhaliza & Yura Yunita Penyanyi Hebat, Teruja Ditemani Di Konsert

gempak
04/10/2024
15:00 MYT
Penyanyi antarabangsa, John Legend sedang mempersiapkan diri untuk konsert yang dijadual berlangsung di Sentul International Convention Centre, Bogor, Indonesia pada 6 Oktober ini.
Viral

Nak Keluarkan Duit Tapi Duit Tak Ada

gempak
04/10/2024
12:55 MYT
Dia dikhabarkan mahu mengeluarkan wang yang berjumlah 100 juta Rupiah (RM 272,945) namun dia sebenarnya tidak mempunyai akaun simpanan di bank tersebut.
Hiburan

Pinkan Mambo Cerai Kali Ketiga, Hobi Tak Sama Punca Berpisah Dengan Penjual Ubi Kayu

gempak
04/10/2024
08:46 MYT
Penyanyi Indonesia, Pinkan Mambo mengumumkan telah bercerai dengan suami, Arya Khan.
BorakSeeni