,
Laman Utama

Rasmi! Disney+ Hotstar Bakal Tiba Di Malaysia 1 Jun Ini, Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi

Hanafis Haris
04/05/2021
03:58 MYT
Berita baik buat peminat Marvel, Disney, Star Wars, Pixar mahupun National Geographic, Astro kini mengumumkan pelantikannya oleh The Walt Disney Company sebagai pengedar rasmi untuk perkhidmatan penstriman yang dinantikan, Disney+ Hotstar.

Platform penstriman terbaru ini akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun 2021.

Menerusi satu kenyataan rasmi dikeluarkan, pelanggan Astro berpeluang strim lebih daripada 800 filem dan 18,000 kandungan episod Disney yang menakjubkan pada aplikasi Disney+ Hotstar.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Henry Tan berkata, Astro berusaha untuk menyediakan kandungan Disney+ Hotstar menerusi kotak Ultra dan Ulti yang disambungkan pada tahun ini kelak dan memberikan kemudahan hiburan sehenti kepada pelanggan Astro.

“Kami gembira dapat menjadi pengedar rasmi Disney+ Hotstar di Malaysia dan akan mengagregasikan lebih banyak kandungan bertaraf dunia di platform kami.

“Tidak lama lagi, pelanggan dapat menikmati kandungan hebat dari Disney+ Hotstar, tambahan kepada kandungan terbaik Astro, kandungan tempatan, karya asli yang memenangi anugerah dan kandungan sukan yang tiada tandingannya, sekali gus menjadikan kami destinasi hiburan yang tidak disangkal lagi oleh rakyat Malaysia.

“Pelanggan ‘Movies Pack’ kami akan dapat strim hiburan bertaraf dunia di Disney+ Hotstar hanya dengan tambahan RM5 sebulan, sementara pelanggan selain ‘Movies Pack’ juga dapat menikmati Disney+ Hotstar melalui ‘bundle' nilai menarik yang lain,” katanya.

Tambahnya, ini adalah permulaan yang baik untuk tahun penuh aksi di mana kami akan mengagregasikan perkhidmatan penstriman langganan video ‘on demand’ (SVOD) dan memberikan pelanggan kami pelbagai jenis hiburan untuk dipilih, yang memberi nilai dan kemudahan.

Sementara itu, Pengurus Besar The Walt Disney Company di Taiwan, Hong Kong dan Asia Tenggara, David Shin, berkata, pihaknya teruja untuk melancarkan Disney+ Hotstar kepada para pengguna di Malaysia dan juga bekerjasama rapat dengan Astro untuk memberikan hiburan yang terbaik.

“Dari kandungan klasik Disney yang ikonik, hinggakan siri Disney+ Original yang baharu, kandungan terbaik dari pengarah Malaysia, pembuat filem dan pelakon-pelakon serta siri dan filem Asia, pastinya ada sesuatu untuk dinikmati oleh semua peringkat umur,” katanya.

Untuk makluman, Disney+ Hotstar adalah destinasi penstriman untuk kandungan global dan Malaysia.

Ia menyatukan filem-filem pecah panggung Hollywood dan kandungan yang memenangi anugerah dari Disney, Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan banyak lagi.

Pada masa sama ia juga merangkumi tayangan perdana eksklusif dan tayangan pecah panggung dari studio terkemuka di Malaysia.

Disediakan pada peranti bersambung internet yang serasi, Disney+ Hotstar menawarkan kandungan bebas komersil dengan pelbagai filem asli panjang, siri aksi langsung dan animasi, kandungan format pendek dan dokumentari, termasuk siri seperti The Mandalorian, WandaVision dan The Falcon and The Winter Soldier dan filem-filem seperti Avengers: Endgame, Aladdin dan Frozen 2.

Disney+ Hotstar juga akan menampilkan simpanan kandungan yang luas untuk penerbitan pawagam Malaysia yang memenangi anugerah, dan kandungan hebat tempatan seperti J2: J Retribusi, Zombitopia, Ada Hantu, Ejen Ali, Upin & Ipin dan banyak lagi.

Mulai 4 Mei, pelanggan boleh mula mendaftar untuk mendapatkan ‘Movies Pack’ yang disertakan dengan Disney+ Hotstar pada 1 Jun melalui WhatsApp +603-95433838, Saluran 200, astro.com.my/Disney, dan juga menerusi pengedar dan pembekal yang sah.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.