,
Laman Utama

“Rasa Sayang Nak Tinggal Kalau Dah Mengaji, Seronok…” – Bandi Amuk Khatam Selepas Tiga Tahun Belajar

Fiza Kamarudin
16/01/2021
09:30 MYT
Penyanyi rock popular, Bandi Amuk mengakui pernah membaca al-Quran dalam keadaan mata tertutup kerana terlalu penat.
Bandi atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat, 57, berkata walaupun sudah dinasihati ustaz supaya tidak perlu hadir ke kelas, namun hatinya berasa sayang untuk meninggalkan kelas.
"Ustaz kasihan melihat saya dan kata tak payah datang kalau letih. Namun, saya tetap datang kerana sayang nak tinggal kelas. Lagipun saya tengok orang yang belajar kemudian sudah nak mendahului saya.
“Rasa sayang nak tinggal kerana kalau sudah mengaji memang terasa seronok. Saya nak pesan kepada sesiapa yang nak mengaji al-Quran, kalau boleh peluk dulu al-Quran, cium dan junjung atas kepala.
“Niat dalam hati semoga al-Quran ada dalam hati dan diri kita. Perasannya sangat seronok. Bukan tak boleh khatam sendiri di rumah tapi khatam di depan guru yang mengajar kita lain rasanya. Ia buat saya berhati-hati dan tak buat silap depannya.
"Saya menyeru kalau boleh rakan-rakan dan masyarakat Islam yang lain belajar mengaji al-Quran kerana kita sebenarnya dah nak sampai penamat. Sekurang-kurangnya kita ada bekalan nanti," katanya.
Harian Metro pada Jumaat melaporkan penyanyi rock tersebut khatam al-Quran selepas tiga tahun belajar mengaji dari peringkat asas.
Bandi mula mengikuti pengajian sejak pertengahan 2017 dengan seorang ustaz.
"Saya cakap dengan ustaz itu untuk khatam dan dia alu-alukan. Alhamdulillah saya berjaya melakukannya.
“Selama tiga tahun belajar, dugaannya memang banyak. Walaupun boleh membaca al-Quran, saya pilih bermula dengan Iqra kerana nak betulkan tajwid dan mahraj. Itu yang buat jadi lama tapi tak kisahlah asalkan saya belajar.
"Sekarang, jika membaca surah Yassin saya boleh tahu mana harakat, mahraj dan sebagainya. Saya jadi seronok membaca surah Yassin kerana tahu mana nak berhenti," katanya.
Bandi berkata, dia juga tidak mahu apa yang dilakukannya dianggap seperti menunjuk-nunjuk kepada peminat.
"Rakan saya ustaz Radin meminta izin untuk keluarkan di Facebook. Saya fikir kalau ini salah satu pemangkin untuk orang belajar baguslah. Tiada niat untuk saya riak.
"Saya akan sambung lagi belajar lepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya terlambat khatam kerana biasanya ada persembahan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sedangkan Ahad ada kelas.
"Itu buat ia jadi tertangguh. Saya biasanya pulang ke Johor Bahru pada hari Isnin dan esoknya Selasa ada lagi kelas. Kadang-kadang badan terasa letih," katanya.
Dalam situasi pandemik Covid-19, Bandi kini membantu memasarkan perniagaan karipap sejuk beku hasil air tangan isterinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Bakal Doktor & Khatam Al-Quran, Johan As’ari Syukur Cinta Jarak Jauh 5 Tahun Berhasil, Persiapan Kahwin Dah Siap 90 Peratus

gempak
03/05/2023
04:50 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

Tak Nak Menyesal, Baim Wong Berazam Khatam Al-Quran Ramadan Ini

gempak
26/03/2023
12:53 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

Bandi Amuk Berjaya Khatam 30 Juz Al-Quran Dalam Tempoh 3 Tahun

gempak
20/01/2023
07:00 MYT
Alhamdulillah
Gegar Vaganza 2021

Tak Lolos Top 3, Tak Jadilah Bandi Amuk Buka Topeng - "Saya Tak Umpan Apa-Apa, Kalau Allah Tak Izinkan ..."

gempak
03/01/2022
06:25 MYT
Rezeki Bandi Amuk sampai minggu ketujuh...
Gegar Vaganza 2021

GV8: Ramli MS Ulas Penyingkiran Bandi Amuk - "Very Predictable! Lepas Ni Pun Dah Boleh Jangka Siapa ..."

gempak
03/01/2022
01:55 MYT
Ini puncanya Bandi Amuk tersingkir...