HIBURAN
Rasa Anak Lebih Sayang Pengasuh, Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman ‘Baby Blues’ - “Bila Saya Jaga, Dia Nangis…”
Pelakon Atikah Suhaime berkongsi pengalaman yang dialami sepanjang proses menjadi ibu kepada puteri sulungnya, Lyla Mulan Teh.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime merasakan anaknya lebih selasa bersama pengasuh berbanding dirinya.
@atikahsuhaimeeee Baby blues? 😅 share lah experience you all. #fyp #firsttimemum #postpartumjourney ♬ original sound - WBsongs
Bukan itu sahaja, Atikah turut bersedih kerana difahamkan tidak mampu menenangkan Mulan ketika meragam.
“Tak pasti kalau ada yang rasa sama macam saya lepas bersalin. Saya rasa lama tak update sebab banyak sangat yang saya rasa sekarang.
“Dan salah satunya sangat merepek. Saya rasa baby Mulan lebih sayangkan pengasuh dari saya.
“Bila dengan pengasuh, elok je. Bila saya jaga, mula lah nangis, jerit.
“Apa yang lagi sedih, setiap kali Mulan jerit, suami saya akan suruh panggil pembantu yang uruskan,” tulisnya.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada pelakon berusia 34 tahun itu.
“Mula-mula memang macam-macam feel datang Tika. Sebab perkara baru dalam hidup kan. Banyak benda kita tak tahu. Tapi semua tu proses untuk kita lalui as new mum. Terus kuat mummy.
“Husband tika suruh panggil maid tu sbb tak nak tika stress. Dia nak jaga mental health tika tu.
“Normal sebab anak selesa dengan mak dia. Dengan orang lain dia akan behave. So tak payah nak sedih-sedih tahu. Anak saya pun macam tu,” komen beberapa netizen.
Must-Watch Video