,
Laman Utama

Rapper Mati Ditembak Sehari Selepas Cakap Tentang Rakan Artis Diancam Perompak

Maliah Surip
15/09/2022
08:20 MYT
Seorang rapper yang berasal dari Philadelphia, PnB Rock mati ditembak di Los Angeles sehari selepas bercakap mengenai perasaan beberapa rakan artis lain yang berasa terancam dengan agenda rompakan.
PnB Rock malah mati ditembak beberapa kali dan dirompak di hadapan rakannya selepas mereka menikmati makan malam.
Menurut laporan CNN, selain bercakap tentang ancaman perompak, mendiang yang menjadi tetamu dalam saluran YouTube DJ Akademiks sekitar minggu lalu turut bercakap mengenai rompakan dan kematian dalam kalangan artis terutama rapper sudah menjadi seperti satu kebiasaan.
Dia mengatakan jenayah kini bukan lagi satu perkara yang dilakukan secara sembunyi, sebaliknya bersifat terbuka.
Rapper itu kemudian berkongsi pengalaman bagaimana dia, anak dan kekasihnya pernah diekori penjenayah.
“Saya berpura pura tenang untuk memastikan anak dan kekasih tidak berasa terancam atau takut,” katanya.
Malah PnB Rock juga menyifatkan jenayah dalam dunia rap sebagai sesuatu yang tidak asing.
“Saya tidak pernah dirompak. Saya tidak katakan tidak akan dirompak, tapi setakat ini belum lagi (dirompak), katanya lagi.
Dia juga mengaku tidak pergi ke kelab malam atau lokasi yang membabitkan golongan gangster berkumpul.
“Saya tidak akan letak diri dalam situasi berbahaya,” katanya lagi.
Ironi, dia disahkan pihak berkuasa mati selepas ditembak dalam satu kejadian rompak yang berlaku di Roscoe House of Chicken ‘N Waffles pada Isnin lalu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa Los Angeles, PnB Rock telah dirompak dan diserang selepas temannya dipercayai berkongsi lokasi mereka makan malam di platform media sosial Instagram.
Selain mati ditempat kejadian, barangan berharga dan emas yang dipakainya juga dilarikan perompak. Setakat artikel ini ditulis, polis masih menjalankan siasatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.