gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Aktres Rugi RM56 Juta Gara-Gara Pelaburan Kripto
BERITA
Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun
HIBURAN
Netizen Bengang Dengan Kenyataan Luqman Faiz - “Tak Ada Orang Nak Ajar Dia…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

gempak
Awani
19/05/2025
13:20 MYT
Sponsor Banner
Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun
Pendakwah selebriti, PU Azman bernasib baik, apabila dikenakan hukuman penjara 12 tahun berbanding 24 tahun yang dijatuhi Mahkamah Sesyen Klang, atas dua kes amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, pada tiga tahun lalu.
PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias dikenakan hukuman itu selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, membenarkan rayuannya supaya dikenakan semua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh 27 September 2024.
Bagaimanapun, mahkamah mengekalkan hukuman dua sebatan terhadap Azman Syah, 44. Azman Syah sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang pada September tahun lalu selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki pada tahun 2022.
Peguam Azman Syah, Fahmi Adilah, dalam hujahannya berkata bahawa pertuduhan itu adalah sebahagian daripada satu perbicaraan yang diletakkan di bawah satu nombor kes, melibatkan mangsa dan saksi yang sama walaupun kejadian berlaku pada dua tarikh berbeza.
“Tiada sebarang perlengahan atau mengambil masa panjang untuk perbicaraan… justeru kami mohon hukuman dijalankan serentak,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Tengku Najiha Tengku Zahari berpendapat bahawa Mahkamah Sesyen telah membuat dapatan yang tepat dan menolak rayuan kerana setiap kes melibatkan dua kejadian berasingan.
“Masyarakat menanti dan melihat perkembangan kes-kes sebegini. Jadi, saya percaya itu sewajarnya diambil kira dalam menjatuhkan hukuman,” katanya.
Azman Syah kini akan menjalani hukuman penjara selama 12 tahun bermula 27 September 2024 di Penjara Kajang.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
#Penjara
#PU Azman
#Hukuman
#Amang Seksual
#Dikurangkan
Must-Watch Video