gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Kemalangan Bas UPSI: Pemandu Didakwa Di Mahkamah Hari Ini
HIBURAN
Nama Dipetik Isu Veil Kahwin Bersulam Inisial ‘Nun’ & ‘Ha’, Ini Respons Neera Azizi - “Kalau Nak Tahu Kena…”
VIRAL
"Pak Cik Cakap Kena 'Kiss' Dalam..." - Makin Menjadi-Jadi! Caprice Dedah Kes Amang Seksual Libatkan Kanak-Kanak Bawah Umur
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

SUKAN

Ranking Harimau Malaya Naik 5 Anak Tangga, Kini Ke-126 Dunia

gempak
Gempak
12/06/2025
00:50 MYT
Sponsor Banner
Ranking Harimau Malaya Naik 5 Anak Tangga, Kini Ke-126 Dunia
Kemenangan bergaya Harimau Malaya 4-0 ke atas Vietnam, malam tadi bukan sahaja menghadiahkan tiga mata berharga, malah melonjakkan kedudukan skuad negara dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Pada perlawanan penting di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, skuad kendalian Peter Cklamovski membenam Vietnam 4-0 dalam perlawanan Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027.
Empat jaringan menerusi Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado, Corbin Ong dan Dion Cools memastikan kemenangan selesa di laman sendiri, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia di tangga teratas kumpulan.
Lebih manis, kemenangan itu turut memberi impak besar kepada kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA apabila mencatat tambahan 13.99 mata, menjadikan jumlah keseluruhan terkumpul kini sebanyak 1,135.54 mata.
Kemas kini semasa itu menyaksikan Malaysia melonjak lima anak tangga ke ranking ke-126 dunia, berbanding kedudukan ke-131 sebelum ini.
Skuad Harimau Malaya dijadual meneruskan aksi kelayakan menentang Laos pada 9 Oktober depan di gelanggang lawan, manakala Vietnam bakal melayan kunjungan Nepal di halaman sendiri pada tarikh sama.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
#Dunia
#Ranking
#Naik
#“Bola
#Sepak”
#“Harimau
#Malaya”
Must-Watch Video