,
Laman Utama

Randy Pangalila Rindu Mahu Kembali Berlakon Di Malaysia

Amri Hassan
17/07/2022
14:55 MYT
Pernah membintangi beberapa drama bersiri di Malaysia, nama Randy Pangalila bukan lagi asing di negara ini.
Akui Randy, dia yang bakal muncul dengan filem terbaharu Perjalanan Pertama, merindui untuk kembali berlakon di Malaysia.
"Sejujurnya saya cukup merindui untuk berlakon di Malaysia, malah sudah ada perbincangan untuk menghasilkan beberapa projek di sana (Malaysia) seperti Gantung The Series musim kedua.
"Cuma, semuanya terpaksa ditangguhkan kerana pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia. Dalam keadaan yang semakin pulih ini, saya harap apa yang tergendala akan dapat diteruskan," ujarnya.
Menurut Randy, berpeluang dapat berlakon di Malaysia juga adalah satu pengalaman yang menyeronokkan, sehingga melonjakkan namanya dalam kalangan peminat di sini.
Selain Gantung The Series, antara drama Malaysia lain yang dia turut terlibat adalah seperti Dalam Hati Ada Taman (2012), Benci vs Cinta (2013) dan Urusan Hati Cik Drama Queen (2017).
Dalam pada itu, bercerita mengenai pembabitannya dalam filem Perjalanan Pertama, Randy memberitahu ia adalah satu penghargaan buat dirinya apabila dapat bergandingan dengan pelakon hebat Malaysia seperti Datuk Ahmad Tamimi Siregar.
Biarpun peranannya dalam filem berkenaan tidak besar, tetapi dia tertarik menerima tawaran yang diberikan kerana mesej yang disampaikan menerusi filem arahan Arief Malinmudo itu.
"Sebaik membaca skrip filem ini, saya lantas tertarik dengan mesej kekeluargaan yang disampaikan, berkisar tentang hubungan antara datuk dan cucu yang jarang dipertontonkan.
"Soal filem ini berbajet besar atau tidak, watak kecil atau sebaliknya… apa yang lebih penting mesej dalam penceritaannya itu," ujarnya yang memegang watak sebagai Mukhtar.
Selain Randy dan Ahmad Tamimi, filem Perjalanan Pertama turut dibintangi beberapa pelakon lain seperti Muzakki Ramdhan, Adinda Thomas dan Gilang Dirga.
Diterbitkan menerusi usahasama syarikat D’Ayu Pictures (Malaysia) dan Mahakarya Pictures (Indonesia), ia akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 18 Ogos ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.