,
Laman Utama

"Ramai Tanya Gaduh Ker, Cerai Ker Dengan Mawi Sebab Tak Nampak Kat ..." - Ekin Alami Mental Breakdown, Anak Pula Positif COVID-19

Amri Hassan
22/01/2022
02:55 MYT
Isteri kepada penyanyi dan penyampai radio Mawi, Ekin memaklumkan dirinya mengalami tekanan dan mental breakdown apabila diajukan soalan mengenai rumah tangga mereka.
Hal itu susulan daripada ketiadaan Ekin ketika majlis pelancaran filem Hantu Kuat Ketawa yang berlangsung di ibu kota pada minggu lalu.
"Bagi sahabat-sahabat yang ramai bertanya kenapa Ekin awak ok ke tak?? terima kasih bebanyak ok.
"Cerita dia yang buat Ekin stress dan mental breakdown tu bila ramai yang DM dan tanya 'kenapa tak nampak ekin kt majlis pelancaran Hantu Kuat Ketawa aritu?? ada masalah rumahtangga ke?? dah tak sefahaman dgn mawi ke?? gado ke? cerai ke?? Allahuakbar," maklum Ekin menerusi hantaran video di Instagram.
Dedah Ekin, hakikat sebenar yang berlaku apabila anak-anaknya diuji positif virus COVID-19 dan mereka sekeluarga terperangkap untuk menjalani proses kuarantin di Johor Bahru.
"Sebenarnya nak dijadikan cerita beberapa hari kami diuji dengan anak-anak semua positif covid kat Johor Bahru dan kami semua stuck terpaksa quarantine kat sini..
"Mental breakdown sangat-sangat dan stress jaga anak-anak kecil yang meragam menangis sakit kene COVID-19 ni Allah je yang tau, camana pun majlis kene diteruskan.
"Pastu bila ada pulak kata-kata fitnah nak cakap macam-macam tanpa siasat, benda camni bole buatkan kita lagi down. So pada yang cakap macam-macam tu pleaselah stop it," tegasnya.
Ekin atau nama sebenarnya Nora'Asikin Rahmat telah berkahwin dengan Mawi pada 20 Disember 2008 dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 10 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.