Laman Utama
Ramai Puas Hati Dengan Coldplay! Ewah, Chris Martin Siap Berpantun! - “Pergi Kedai Membeli Sayur…”
Kehadiran band ikonik popular, Coldplay menjayakan konsert siri jelajah Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Rabu ternyata membuatkan penonton puas hati.
Tidak hanya memberikan persembahan memukau bertaraf antarabangsa, Coldplay juga dilihat begitu bijak mengambil hati peminat mereka di Malaysia.
Buktinya, vokalis Coldplay iaitu Chris Martin turut memberikan pantun dalam Bahasa Melayu mengikut itama muzik yang dimainkan sambil tersenyum manis.
“Pergi kedai membeli sayur, masak tomyam bersama bonda, Coldplay sekarang di Kuala Lumpur, payung lagu favourite anda,” katanya.
Momen mencuit hati itu telah disambut dengan sorakan gemuruh daripada penonton yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Momen itu juga turut menjadi tular di media sosial dan rata-ratanya memuji usaha Chris untuk bertutur dalam Bahasa Melayu demi peminat.
BERITA TRENDING: Chris Martin ‘Buat Hal’, Ikut Trend Nak Pinjam Seratus Waktu Konsert Coldplay
Selain Malaysia, Chris juga sebelum ini menjadi tular apabila berpantun menggunakan bahasa Indonesia semasa mengadakan konsert di sana.
Malah Chris juga turut menggunakan trend yang cukup popular di TikTok terutama di Malaysia iaitu Pinjam Seratus.
Mengikut trend di Malaysia, ‘Pinjam Seratus Nur Nilam Sari’ diambil daripada lirik lagu milik sifu Datuk M. Nasir iaitu Nur Nilam Sari.
Ia kemudian menjadi viral di aplikasi Tik Tok dengan ada dalam kalangan selebriti dengan berani ‘meminjam’ RM100 termasuk daripada Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim.
BERITA TRENDING: Azadan Rabbani Pesan Hindari Coldplay, Pilih Konsert Kerohanian - “Rosak Akhlak, Ada Pergaulan Luar Batasan”
Terdahulu, media melaporkan penganjuran konsert Coldplay Music of the Sphere menerima tentangan daripada pelbagai pihak.
Must-Watch Video