,
Laman Utama

“Ramai DM Saya Lepas Saya Cerai. Tunang Orang, Isteri Orang, Lelaki Pun Ada” - Fizi Ali

Izwan Isa
26/04/2022
03:50 MYT
Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali mengakui menerima banyak mesej peribadi (DM) di Instagram, selepas mengumumkan berita tentang perceraiannya dengan bekas isteri, pelakon Shakila Koriri penghujung tahun lalu.
Fizi, 33, berkata, dia menerima mesej berupa kata-kata semangat daripada pelbagai individu, termasuk mereka yang telah berkahwin dan bertunang.
“Jujurnya, ramai DM saya lepas saya cerai. Tunang orang, isteri orang, lelaki pun ada. DM yang saya terima itu berupa kata-kata semangat. Contohnya: ‘Fizi janganlah sedih, saya kan ada.’
“Kebanyakan yang DM tu bukanlah kenalan saya. Saya memang tak kenal mereka. Niat mereka pun mungkin bukanlah untuk ‘try’ saya tapi lebih kepada memberi kata-kata semangat. Bagaimanapun, ia nampak seperti terlebih beri semangat,” katanya kepada Gempak ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Suria FM di ibu kota semalam.
Ditanya adakah dia sudah bersedia untuk mencari pengganti sebagai teman hidup, Fizi berkata, buat masa ini dia tidak mempunyai perancangan ke arah itu.
Namun, lelaki berusia 33 tahun itu menjelaskan, dia tidak menolak jika suatu hari nanti, dia bertemu dengan seorang wanita yang mampu memimpinnya ke pelaminan atas izin dan jodoh Allah SWT.
“Berkenaan dengan pengganti, jika ada tu alhamdulillah. Mungkin, kalaulah ada, dia lebih kepada Tuhan ambil satu benda, dan dia ganti dengan benda lain. Kita tak tahu kan?
“Dan mungkin juga dia boleh jadi peneman saya. Kalau tak sekarang saya memang seorang. Duduk rumah sendiri… Rumah pula menghadap jalan raya. Bila nampak bas lalu, teringat Ameena yang selalu minta saya nak naik bas. Sampaikan saya rasa saya masih belum move on.
“Jadi, kalau orang tanya ada pengganti ke dan benda ni datang dengan sendiri, saya tak kisah, saya tidak ada masalah,” katanya.
Fizi juga mengaku yang dia memang ada mengenali seorang wanita. Tetapi buat masa ini, ia sekadar melalui fasa persahabatan.
“Kalau tanya jujur, ya saya ada kenal dengan seorang wanita ini. Tapi saya takdalah sampai nak lebih serius sebab hati saya kosong kerana anak jauh. Buat masa ini, apa yang ada saya hanyalah kerja dan kawan.
“Ini bukan rebound. Tapi kami sekadar kawan. Kalau ke arah lebih serius, alhamdulillah. Tapi kalau tak jadi apa-apa, sampai di situ sahajalah,” tutup Fizi.
Fizi mendirikan rumah tangga dengan Shakilla, 32, pada 18 Februari 2018 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hiburan

“Fattah Okay Sahaja Di Set Penggambaran, Dia Sangat Professional” - Liyana Jasmay

gempak
14/09/2024
23:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay enggan mengulas dan memberi sebarang komen berkenaan rumah tangga aktor, Fattah Amin. meskipun sedang menjalani penggambaran untuk sebuah naskhah bersama.
Hiburan

Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

gempak
14/09/2024
04:26 MYT
Pelakon Fattah Amin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidupnya yang menyebabkan kepada keruntuhan rumah tangganya bersama aktres, Fazura.
Hiburan

“Saya Sudah Ada Isteri, Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?” - Video Fattah Amin Ulas Tentang ‘Penyondol’ Kembali Tular

gempak
14/09/2024
03:12 MYT
Satu video temu bual berkaitan pelakon, Fattah Amin mengulas tentang isu orang ketiga dalam perhubungan kembali tular dalam media sosial.